Federico Valverde memeluk erat pengurusnya, Carlo Ancelotti selepas kejayaan beliau menjaringkan gol untuk membantu Real Madrid menewaskan Al-Hilal dalam saingan FIFA Club World Cup awal pagi tadi.
Apa yang lebih menakjubkan lagi, sebenarnya ada kisah sebalik insiden tersebut yang menyebabkan Valverde memilih untuk meraikan gol jaringannya dengan memeluk Ancelotti.
Los Blancos cemerlang mencatatkan kemenangan 5-3 menewaskan Al-Hilal di Prince Moulay Abdellah Stadium di Maghribi awal pagi tadi, dalam usaha mereka untuk menambah koleksi kejuaraan di bawah kendalian Ancelotti.
Carlo Ancelotti made a bet with Valverde in the summer that if he didn't score 10 goals this season, he would retire…
Valverde just scored his 10th goal of the season and celebrated it with Ancelotti 😂👏 pic.twitter.com/m12yunIjaI
— ESPN FC (@ESPNFC) February 11, 2023
Ketua pasukan, Karim Benzema meledak satu gol dalam perlawanan ini, sementara Vinicius Jr dan Federico Valverde masing-masing meledak dua gol untuk melengkapkan kemanangan 5-3 Real Madrid menewaskan gergasi Arab Saudi itu.
Selepas kejayaan beliau menjaringkan gol kedua Real Madrid dalam perlawanan tersebut, Valverde dengan segera mencari Ancelotti dan memeluk pengurusnya itu.
Ada kisah menakjubkan sebalik keraian tersebut dengan Ancelotti meletakkan karier pengurusannya sebagai pertaruhan.
Carlo Ancelotti told Fede Valverde he’ll retire if he doesn’t score 10 goals this season.
Valverde’s now on 11 😅 pic.twitter.com/pFD04rjpJH
— GOAL (@goal) February 12, 2023
Bintang kebangsaan Uruguay itu sebelum-sebelum ini gagal untuk menjaringkan lebih dari tiga gol semusim dan kerana itulah tercetusnya idea untuk Ancelotti membuat pertaruhan tentang hal tersebut.
Pada September lalu, Ancelotti mengubah peranan Valverde dalam usahanya mahu memperbaiki kemampuan bintang Uruguay itu untuk menjaringkan gol.
Ancelotti ketika itu bahkan turut berjanji yang beliau akan bersara dari mengurus mana-mana pasukan andai Valverde gagal untuk menjaringkan lebih dari 10 gol dari semua pertandingan musim ini.
https://twitter.com/Arrafo1/status/1624490218874077184?s=20&t=yOHWoLzZdAGebpoGZ0KkgQ
“Saya ada buat pertaruhan, tapi saya rasa dia akan jaringkan lebih dari 10 gol musim ini.”
Jelas Carlo Ancelotti.
“Jika dia jaringkan lebih dari empat gol, maka saya akan terus simpan lesen kejurulatihan saya. Dia terus menerus memukau kami. Dia bermain dengan sangat baik di bahagian sayap atau di bahagian midfield.”
Membahas tentang hal tersebut, Valverde mendedahkan bahawa:
“Saya mahu beri tumpuan kepada hal tersebut. Ia merupakan tekanan yang hebat. Saya tak mahu dipersalahkan menjadi punca seorang jurulatih bersara.”
Carlo Ancelotti on September 14: "I told Valverde that if he doesn’t score 10 goals this season, I would tear up my coaching license."
Fede Valverde after scoring his 10th goal of the season. 🤍 pic.twitter.com/k1JvBheFJk
— Madrid Universal (@MadridUniversal) February 11, 2023
Menjelang aksi bertemu Al-Hilal, Valverde sebenarnya sudah berjanji yang beliau akan memeluk Ancelotti andai beliau berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.
“Ketika saya menjaringkan gol, saya akan terus memeluk dia.”
Sebelum beliau memeluk Ancelotti, beliau sebenarnya melakukan keraian dengan menghisap ibu jarinya dan ia ditujukan kepada pasangannya yang sedang hamil.
Pasangan beliau, Bonino memuat naik status di laman twitter untuk mendedahkan tentang bayi dalam kandungan beliau.
Ancelotti to Valverde: "If you don't score 10 this season, I'll retire.."
Fede just scored his 10th goal of the season.. Looks like Carlo will keep going 🤣 pic.twitter.com/VXao6f0S4r
— 433 (@433) February 11, 2023
“Baru-baru ini, ada berita tersebar tentang saya kehilangan kandungan saya. Saya tak mampu untuk nafikan itu, ia kerana itulah apa yang kami jangkakan akan berlaku.”
“Ia satu hal yang kami bimbangkan. Kami bersiap sedia selama sebulan untuk hadapi segala yang buruk akan berlaku, ketika usia kandungan saya semakin bertambah, jadi kami pergi dapatkan pengesahan dengan melakukan pemeriksaan kesihatan.”
“Dan selepas sebulan menangis, kemurungan, dengan saya sedang hamil, semalam kami terima berita yang sungguh menakjubkan, bayi berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Semuanya baik. Terima kasih untuk doa semua.”