Federico Valverde Merupakan Pemain Paling Berprestasi Dalam Dunia Bola Sepak Pada Ketika Ini

Federico Valverde terus menerus mencatatkan statistik yang sungguh luar biasa menakjubkan dengan beliau sekali lagi meledak gol untuk Real Madrid ketika bertemu Sevilla awal pagi tadi.

Valverde meledak gol yang sungguh luar biasa cantik untuk membantu Real Madrid menewaskan Sevilla 3-1.

Karim Benzema sebelum ini merupakan pemain yang memikul beban untuk menjaringkan kebanyakkan gol Real Madrid dan kerana itulah beliau berjaya membawa pulang anugerah Ballon d’Or musim ini.

Sebelum sepak mula bertemu Sevilla malam semalam, bintang kebangsaan Perancis itu telah diraikan oleh para penyokong atas kejayaan beliau memenangi bola emas tersebut.

Beliau tampil di Santiago Bernabeu sambil membawa piala bola emas itu untuk dipersembahkan kepada para penyokong Real Madrid.

Benzema masuk ke padang sambil ditemani dua legenda kelab yang turut pernah memenangi anugerah sama, Zinedine Zidane dan Luka Modric.

Pemain penyerang itu menerima tepukan yang sangat gemuruh dari para penyokong dengan beliau kemudiannya duduk ditepi padang untuk mennyaksikan rakan sepasukannya beraksi bertemu Sevilla.

Karim Benzema tidak dapat diturunkan kerana beliau pada ketika ini sedang dibelenggu masalah kecederaan.

Ketika melihat Benzema tidak dapat diturunkan untuk beraksi, ramai yang percaya Ancelotti bakal sakit kepala kerana beliau kehilangan satu-satunya penjaring gol terbaik yang ada dalam skuadnya.

Walau bagaimanapun, hal itu sepertinya tidak berlaku kerana Ancelotti kini sudah memiliki pemain lain yang mampu untuk menjadi penjaring gol utamanya.

Dari central midfielder, Valverde kini bermain di posisi sayap kanan dan beliau pada musim ini telah menunjukkan yang dirinya juga merupakan penjaring gol yang sangat bagus.

Valverde bukan hanya menunjukkan yang beliau mampu menjaringkan gol, dengan beliau bahkan cemerlang menunjukkan yang dirinya mampu menjaringkan gol-gol yang sangat cantik.

Gol jaringan beliau ketika bertemu Real Mallorca pada September lalu jelas menunjukkan yang beliau sememangnya memiliki sentuhan penyudah yang sangat dasyat.

Ketika aksi bertemu Sevilla awal pagi tadi, pemain kebangsaan Uruguay itu sekali lagi mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa dasyat.

Beliau menjaringkan gol yang sungguh luar biasa menakjubkan dari luar kotak penalti untuk menewaskan Bono.

Setakat musim ini, Federico Valverde sudah berjaya menjaringkan enam gol untuk Real Madrid dengan pencapaian terbaik beliau sebelum ini beliau hanya mampu menjaringkan 3 gol sahaja semusim.

Ia termasuklah ketika beliau bermain bersama Real Madrid Castilla dalam saingan Segunda Division B pada musim 2016/17 yang lalu.

Musim ini, Valverde turut berjaya menjaringkan satu gol dalam saingan Champions League dan itu adalah satu hal yang tak pernah beliau lakukan sebelum ini.

Gol tersebut berjaya dijaringkan ketika beliau membantu Real Madrid menewaskan RB Leipzig dan tidak dapat dinafikan yang gol tersebut juga merupakan gol yang sungguh hebat.

Valverde pada ketika ini merupakan antara pemain terpenting Real Madrid dan perubahan posisi beliau bermain di bahagian sayap kanan jelas sekali menghasilkan impak yang sungguh dasyat.

Bintang Uruguay itu juga kini sudah berjaya mengatasi rekod jaringan kedua-dua Benzema dan Vinicius Jr dalam saingan La Liga sepanjang musim ini dan itulah buktinya yang beliau kini merupakan antara pemain terpenting skuad Los Blancos.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN