RASMI: Liridon Krasniqi Sertai Terengganu Perkukuh Jentera Tengah Musim 2023

Terengganu yang kini dalam persiapan akhir sebelum saingan Liga Malaysia (Liga M) membuka tirai perlawanan akhirnya mengumumkan pemain baharu mereka iaitu Liridon Krasniqi.

Perkongsian itu dibuat secara rasmi menerusi media sosial Terengganu yang memaparkan Liridon sebagai bintang baharu mereka bersama ucapan selamat datang.

Sebelum ini desas desus di media sosial timbul menyatakan kelibat Liridon berada di kem Terengganu dan memberi tanda tanya tentang status beliau bersama pasukan tersebut.

Ianya merupakan suatu khabar positif sebenarnya buat Terengganu, selepas mereka kehilangan tonggak kreatif di posisi tengah musim lalu iaitu Manuel Ott yang menyertai Kedah.

Kualiti dimiliki Liridon jelas tidak boleh dipertikaikan lagi kerana semua pun tahu beliau mempunyai skil individu yang tinggi, serta kreativiti mencipta serangan buat pasukan.

Nama beliau mula meletup ketika mewakili Kedah pada tahun 2015 dan Liridon menjadi antara tunjang utama kebangkitan pasukan tersebut untuk muncul juara Liga Premier.

Selepas beberapa musim menabur bakti di Kedah, Liridon memulakan karier baharu dengan menyertai Melaka United sebelum mengesahkan diri untuk menjadi pemain JDT.

Namun segalanya tampak tidak begitu baik, setelah aksinya mula tidak konsisten dan Liridon terpaksa dipinjamkan kepada beberapa kelab luar negara untuk mengembalikan potensi beliau.

Bersama skuad kebangsaan, segalanya juga tidak tampak begitu baik selepas beliau menjadi pemain naturalisasi sehingga dirinya tidak terpilih oleh Kim Pan-gon untuk beraksi dalam saingan kelayakan Piala Asia dan kejohanan AFF 2022.

Kembali dalam saingan Liga M, pastinya Liridon mempunyai misi tersendiri untuk kembali merebut tempat dalam senarai skuad kebangsaan supaya terus kekal relevan.

Bawah kendalian Tomislav Steinbruckner di Terengganu, Liridon berpeluang untuk kembali mencuri hati para penyokong dengan mempamerkan aksi positif bersama pasukan tersebut.

Berbekalkan pengalaman beliau sebelum ini mewakili beberapa kelab di luar negara, Liridon bakal menjadi nilai tambah buat Terengganu musim ini terutama sekali untuk saingan Piala AFC.

Dijangka pemain tersebut bakal berpasangan bersama Habib Haroon untuk membentuk kombinasi posisi tengah lebih stabil serta memberi daya kreativiti tambahan buat kelab.

Malah, sebelum ini Tomislav sendiri mengakui beliau masih memerlukan pemain tengah baharu untuk terus memperkukuhkan aspek kreativiti di bahagian serangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN