Kisah Man Utd Menangani Tabiat Minum Coke & Berguling Seperti Anjing Menjengkelkan Ronaldo

Ketika kariernya baru mahu bermula, Cristiano Ronaldo yang masih muda pernah membawa satu tin minuman Coke untuk sarapan. Perkara itu tidak disenangi oleh rakan sepasukan yang lebih senior, Ryan Giggs.

Perkara ini dikongsikan oleh Ole Gunnar Solkskjaer kepada rakannya, Jan Åge Fjørtoft yang pernah beraksi bersama Middlesbrough, Sheffield United dan Barnsley.

Pengajaran dari Giggs

Menyedari perbuatan Ronaldo, Giggs dikatakan menolak Ronaldo ke arah dinding sebelum berkata, “Jangan sesekali lakukan perkara ini lagi!”

Mengambil kira gambaran reaksi Giggs sebagai watak pemain senior pada ketika itu, ia memberi gambaran kepada tahap profesionalisme di kalangan pemain pada ketika era Sir Alex Ferguson.

Tidak dinyatakan bilakah insiden Giggs-Ronaldo itu berlaku, tetapi kita semua tau betapa serius Ronaldo mengambil berat aspek pemakanannya sehingga menjadi pemain yang hebat seperti hari ini – sudah tentu tanpa sebarang minuman bikarbobat seperti Coke!

Ini hanya salah satu perkara yang berlaku kepada Ronaldo dan berjaya mengubah perspektif pemain ini pada usia muda.

Kaedah Ferguson

Beberapa musim terawal di Old Trafford, Ronaldo juga dibayangi aksi tidak konsisten dan sering dikritik kerana sering berlakon seolah-olah dikasari dengan teruk di atas padang.

Tahukah anda bagaimana Ferguson memberi pengajaran kepada Ronaldo?

Menurut bekas jurulatih United, Tony Coton, Ferguson membenarkan pemain-pemain United untuk mengasari pemain itu dalam usaha mengubah karakter pemain itu menjadi lebih keras.

“Ferguson menunjukan betapa beliau memandang tinggi bakat Ronaldo dengan menyerahkan beliau jersi ikonik No.7 apabila pemain itu dibawa masuk pada 2003,” kata Coton kepada Daily Mail satu ketika dahulu.

“Tetapi ia juga sama pentingnya bagaimana pengurus itu melihat kelemahan yang dimiliki Ronaldo.

“Salah satunya ialah tabiat pemain itu yang suka berguling seperti seekor anjing apabila tewas bersaing secara fizikal.

“Sir Alex kemudian merangka satu misi untuk menjadikan pemain ini lebih keras. Semua jurulatih dibenarkan tutup mata sekiranya melihat Ronaldo disepak pemain lain ketika latihan.”

Diejek lembik

Setiap perlawanan latihan 11 vs 11 atau dalam kumpulan kecil sentiasa berlangsung dengan intensiti tinggi di Carrington.

Adakalanya Ronaldo tidak mengetahui siapakah yang melakukan terjahan, kerana semuanya adalah dari kalangan rakan sepasukan yang sering bergurau senda dengannya – kin melakukan perkara yang bukan benda lawak.

“Apabila sepakan percuma tidak diberikan ketika latihan, tangan beliau akan melilau ke udara tanda tidak puas hati, sambil menyumpah seranah dalam Bahasa Portugis. Perlawanan tetap diteruskan saja di sekeliling beliau yang terduduk.

“Pemain lain yang sememangnya keras dan tidak beri muka seperti Roy Keane dan Rio Ferdinand hanya akan memaki beliau kerana lembik.

“Ia amat keras demi kebaikan beliau. Perlahan-lahan mesej itu mulai sampai dan beliau sedar apa yang berlaku”

Rumusan

Taktik itu jelas berkesan. Ronaldo kemudiannya membantu United menjuarai tiga kejuaraan Premier League dari 2007 sehingga 2009, kejuaraan UEFA Champions League pada 2008, dan juga Piala Kelan Dunia serta Piala Liga pada 2009.

Ryan Giggs dan Sir Alex menunjukkan bagaimana ia seharusnya dilakukan di United pada ketika itu, dan jelas ia pengajaran berguna untuk Ronaldo yang berusia muda pada ketika itu.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Cristiano Ronaldo:

Globe Soccer Awards: Cristiano Ronaldo Dipilih Pemain Terbaik Abad Ini

Cristiano Ronaldo Dedahkan Ashley Cole Pertahanan Paling Sukar Dihadapinya

Komited Jaga Prestasi, Cristiano Ronaldo Tidak Mabuk Ketika Krismas

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN