Globe Soccer Awards: Cristiano Ronaldo Dipilih Pemain Terbaik Abad Ini

Cristiano Ronaldo

Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo menerima penghargaan terbaharu dalam karier hebatnya apabila beliau dipilih sebagai pemain terbaik abad ke-21 dalam anugerah  ‘Globe Soccer Awards’ yang diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Kejayaan bermakna yang diraih di Hotel Armani tersebut menyaksikan pemain berusia 35 tahun itu berjaya menewaskan seteru utamanya, Lionel Messi.

Selain Juventus, Ronaldo turut pernah beraksi bersama Sporting CP, Manchester United serta Real Madrid dan beliau telah meraih lebih daripada 20 kejuaraan di peringkat kelab manakala membantu Portugal menjuarai Kejuaraan Eropah 2016 dan UEFA Nations League 2018/19.

Mengulas mengenai kemenangan itu, Ronaldo jelas gembira dengan kejayaan tersebut dan memberikan kredit kepada rakan sepasukannya dalam membantu dirinya mencapai tahap seperti apa dikecapinya.

”Satu penghargaan dapat memenangi gelaran ini,” ujar Ronaldo menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Bukan mudah untuk berada di puncak permainan untuk satu tempoh yang lama. Saya sangat berbangga dengan pencapaian ini.”

”Tetapi, tanpa sokongan dan bantuan daripada [rakan] pasukan, jurulatih dan kelab yang hebat, kejayaan ini mustahil untuk diraih,” tambah Ronaldo lagi.

Dalam perkembangan yang sama, pengendali Manchester City, Pep Guardiola memenangi gelaran pengurus terbaik di mana beliau cemerlang ketika membimbing Barcelona, Bayern Munich dan Manchester City. Sementara itu, Real Madrid dipilih sebagai pasukan terbaik abad ini.

Manakala Bayern Munich yang memenangi kejuaraan ‘Treble’ pada musim lalu menggungguli tiga anugerah iaitu pemain, pengurus dan kelab terbaik tahunan setelah gelaran-gelaran tersebut diberikan kepada Robert Lewandowski dan Hansi Flick. Ejen Ronaldo, Jorge Mendes diiktiraf sebagai ejen terbaik 2020.

Kredit featured image: Alberto Gandolfo/Pacific Press/LightRocket via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Cristiano Ronaldo:

Cristiano Ronaldo: Saya Tak Pernah Pun Anggap Messi Sebagai Pesaing Saya

Komited Jaga Prestasi, Cristiano Ronaldo Tidak Mabuk Ketika Krismas

Cristiano Ronaldo Dedahkan Ashley Cole Pertahanan Paling Sukar Dihadapinya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN