Ia bukan perkara baharu apabila Juventus melantik Andrea Pirlo sebagai pengurus pasukan yang baharu setelah memecat Maurizio Sarri pada musim lalu. Bekas pemain bergelar pengurus adalah satu kebiasaan.
Di Liga Perdana In ggeris pula kita melihat Ole Gunnar Solskjaer bersama Man United, Frank Lampard bersama Chelsea, Mikel Arteta bersama Arsenal dan Scott Parker bersama Fulham.
Namun demikian, tidak semua bekas pemain mampu menjadi jurulatih yang baik. Berikut adalah 10 bekas pemain yang kembali menyertai kelab masing-masing sebagai pengurus.
Ada di kalangan mereka yang berjaya, dan ada juga diantara mereka yang tidak.
Pep Guardiola
Selepas meninggalkan Barcelona sebagai pemain pada 2001, Guardiola kemudiannya kembali sebagai jurulatih Barcelona B pada 2007. Beliau kemudiannya diberikan peranan sebagai pengurus skuad utama Barcelona setahun kemudian.
Selama empat tahun mengendalikan gergasi Catalan itu, Guardiola membantu Barcelona meraih 14 kejuaraan, termasuk tiga LaLiga dan dua Champions League.
Guardiola turut berjaya ketika bersama-sama Bayern Munich dan juga Manchester City.
Zinedine Zidane
Juara Piala Dunia, Zidane adalah sebahagian daripada anggota skuad Galaticos di Real Madrid pada awal 2000, sebelum turut menamatkan karier beliau di Santiago Bernabeu.
Seperti Guardiola, Zidane turut kembali mengendalikan skuad kedua Real Madrid sebelum mengambil peranan bersama skuad utama setelah pemecatan Rafael Benitez pada Januari 2016.
Zidane kemudiannya membantu Los Blancos menjuarai tiga Champions League di tiga musim berturut-turut, sebelum mengundur diri pada Mei 2018.
Beliau kemudiannya kembali 10 bulan kemudian dan kini telah membantu Real Madrid muncul juara LaLiga dan Supercopa de Espana pada musim ini.
Antonio Conte
Conte bergelar pemain Juventus selama 13 musim dan memenangi hampir semua pertandingan yang dipertandingan – lima kejuaraan luga, Copa Italia, dan UEFA Cup.
Conte kemudian memilih bidang kejurulatihan dan pengurusan selepas dua tahun bersara sebagai pemain dan menyertai Juventus setelah membimbing Arezzo, Bari, Atalanta, dan Siena.
Juventus memenangi tiga kejuaraan Serie A berturut-turut di bawah kendalian Conte – permulaan kepada dominasi Old Lady di pertandingan domestik.
Conte kemudiannya menyertai skuad kebangsaan Itali pada 2014. Pencapaian Conte pasti menjadi KPI kepada Andrea Pirlo mulai musim hadapan.
Roberto Di Matteo
Di Matteo dilantik sebagai pengurus Chelsea pada 2012, setelah bergelar pembantu kepada Andre Villa-Boas sebelum itu.
Di Matteo – yang menjuarai Piala FA sebanyak dua kali sebagai pemain The Blues – membantu kelab London itu meraih dua trofi ketika bergelar pengurus.
Salah satunya adalah satu-satunya kejuaraan Champions League apabila Chelsea menewaskan Bayern Munich melalui penentuan sepakan penalti. Walaupun dengan kejayaan tersebut, Di Matteo tetap dipecat pada permulaan musim berikutnya.
Alan Shearer
Shearer dianggap sebagai salah seorang pemain paling berjaya di Engand. Beliau adalah pemegang rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Premier League, dan dilihat sebagai legenda Newcastle United dan penjaring berbisa buat England.
Apabila bersara pada 2006, Shearer memilih untuk menjadi pundit bersama sebuah stesen televisyen. Tetapi apabila The Magpies memerlukan khidmatnya untuk menyelamatkan nasib mereka pada 2009, Shearer tidak menolak.
Namun demikian Shearer gagal menyelamatkan Newcastle dari tersingkir ke Championship apabila tewas 1-0 di hari terakhir liga kepada Aston Villa.
Filippo Inzaghi
Menjadikan bekas pemain sebagai pengurus dan jurulatih selama ini memberikan kesan yang positif kepada Milan. Fabio Capello dan Carlo Ancelotti adalah contoh dua bekas pemain yang dianggap berjaya sebagai jurulatih bersama kelab Itali itu.
Dan apabila Rossoneri memilih Inzaghi pada 2014 setelah mengambil alih dari Clarence Seedorf, ia bukanlah perkara yang mengejutkan.
Namun bekas penyerang yang memenangi lapan kejuaraan utama sepanjang bergelar pemain itu dianggap gagal setelah hanya merekodkan 14 kemenangan daripada 40 perlawanan liga.
Milan menamatkan musim itu di tangga ke-10, kedudukan terburuk dalam sejarah sejak 17 tahun sebelum itu.
Thierry Henry
Henry mulai mencipta nama bersama Monaco setelah mendapat tempat dalam kesebelasan utama pada 1994. Penyerang itu kemudiannya bergelar juara dunia dan dianggap ikon Arsenal.
Setelah bergelar pelatih kepada skuad remaha The Gunners buat seketika, Henry kemudiannya menyertai Roberto Martinez sebagai pembantu pengurus skuad kebangsaan Belgium.
Henry kemudian menolak peluang untuk bergelar pengurus bersama Bordeaux dan Aston Villa. Tetapi pada Oktober 2018, Henry menerima tawaran kelab asalnya, Monaco.
Henty bagaimanapun hanya bertahan tiga bulan setelah tewas 11 daripada 20 perlawanan yang dilalui sebelum diganti oleh Leonardo Jardim.
Juan Jose Lopez
Lopez dianggap sebagai pemain paling berjaya di dalam sejarah River Plate setelah memenangi tujuh kejuaraan liga dalam tempoh 11 tahun bersama kelab itu.
Lopez adalah watak yang popular di kalangan penyokong dan pelantikan sebagai pengurus disambut dengan baik – apatah selepas beliau cemerlang sebagai pengurus interim pada 2010.
Namun demikian keadaan berubaj apabila Lopez dan River Plate melalui kempen Liga Clausura yang buruk pada 2011 sehingga memerlukan play-off menentang Belgrano.
River tewas 3-1 dalam perlawanan tersebut, keputusan yang membuatkan kelab Argentina itu tersingkir dari divisyen utama sepanjang sejarah penubuhan, sekaligus menimbulkan rusuhan yang membuat ramai penyokong mengalami kecederaan.
Ole Gunnar Solskjaer
Ole Gunnar Solksjaer bukan sahaja dianggap sebagai legenda, malah turut dilabel sebagai hero di kalangan penyokong Manchester United. Penyerang dari Norway itu adalah wira United di perlawanan akhir Champions League pada 1999, dan dikenali sebagai pemain yang sering tampil dengan gol penting.
Beliau mengambil alih tampuk pengurusan di Old Trafford dari Jose Mourinho pada Disember 2018, dan bermula dengan baik apabila merekodka 12 perlawnan tanpa kalah.
Walaupun bergelut selepas itu dengan prestasi tidak konsisten pada separuh pertama musim ini, Solksjaer kini dilihat mulai membiasakan diri dan berjaya menstabilkan skuad The Red Devils.
Siapa berai mempertaruhkan peluang Solskjaer membawa Man United mencabar kejuaraan pada musim ini? Sering dimemekan kerana prestasi tidak konsisten, Solksjaer kini mengemudi Manchester United di kemuncak Liga Perdana Inggeris.
Frank Lampard
Seperti Solksjaer, Lampard turut dianggap sebagai legenda dan wira bersama Chelsea. Karier Lampard di dalam bidang pengurusan boleh dianggap sebagai menarik.
Malah Lampard dianggap berjaya di awal kariernya sebagai pengurus apabila berjaya membimbing Derby County ke perlawanan akhir play-off Championship, sebelum tewas kepada Aston Villa.
Lampard kemudiannya memilih untuk menyertai Chelsea sebagai pengurus pada awal musim ini. Menyandarkan pasukannya kepada pemain muda dan corak permainan menarik, Lampard dilihat sebagai pengurus muda yang mempunyai masa depan yang cerah.
Tetapi prestasi semasa Chelsea pula tidak setimpal dengan pelaburan £220 juta yang dibelanjakan pada musim panas lalu. Nasib dan masa depan bekas pemain tengah itu kini ibarat telur di hujung tanduk.
Mikel Arteta
Bekas kapten Arsenal, Mikel Arteta merupakan calon pilihan untuk menggantikan tempat Arsene Wenger selaku pengurus Arsenal yang baru.
Namun demikian perkara itu tidak berlaku, dan pengurusan The Gunners memilih untuk membawa masuk Unai Emery ke Emirates.
Emery bagaimana pun bertahan selama 18 bulan sebelum ketibaan Arteta. Beliau bersara sebagai pemain bolasepak pada tahun 2016 dan menyertai barisan kejurulatihan di Manchester City sebagai pembantu Pep Guardiola.
Musim lalu Arteta berjaya membawa kejuaraan Piala FA pada musim pertamanya bersama Arsenal, dan trofi Perisai Komuniti pada awal musim ini.
Pada musim lalu Arteta dianggap berjaya menyeimbangkan kembali The Gunners. Namun permulaan pada musim ini bukanlah apa yang ramai harapkan dengan pelbagai isu luar padang termasuk kes Ozil sering kali menganggu.
Selepas permulaan buruk pada musim ini, empat kemenangan dari lima perlawanan terakhir yang dilalui setakat ini, Arteta pasti berharap Arsenal dapat membina rentak mendaki kedudukan Premier League.
Scott Parker
Di atas padang, Scott Parker dikenali sebagai seorang pemain yang rajin dan tidak mengenal penat lelah.
Merupakan produk akademi Charlton Athletic, karier profesional sebagai pemain menyaksikan Parker turut pernah menyarung jersi Chelsea, Newcastle United, West Ham, Tottenham Hotspur dan Fulham sebelum bersara.
Selepas bersara, Parker kemudiannya kembali ke Fulham untuk melatih skuad B-18 dan bergelar duta kelab. Pada Julai 2018, beliau kemudiannya kembali ke Fulham untuk jawatan pembantu jurulatih kepada bekas pengurus, Slavisa Jokanovic.
Fuljam kemudiannya turut melantik Claudio Ranieri sebelum pengendali dari Itali itu dipecat pada Fenvruari 2019. Parker kemudiannya diarahkan menjadi pengurus interim, namungagal menyelamatkan Fulham dari tersingkir dari premier League.
Pemilik Fulham, Shahid Khan kemudiannya melantik Parker sebagai pengurus tetap Fulham pada May 2019, dan selepas semusim, bekas pemain antarabangsa England ini berjaya membawa Fulham kembali ke Premier League.
Andre Pirlo
Baru sahaja beberapa bulan membimbing Juventus, Andrea Pirlo sudah mula merasai bahang kritikan ke atasnya yang pastinya ia merupakan pengalaman pertama berdepan dengan situasi berkenaan.
Bekas pemain tengah Itali tersebut tidak pernah menjadi pengurus atau ketua jurulatih buat mana-mana pasukan utama sebelum dilantik sebagai pengurus baharu kelab Serie A berkenaan pada musim panas lalu menggantikan Maurizio Sarri.
Juventus kini 10 mata ketinggalan berbanding pendahulu AC Milan, dan Pirlo dikatakan terlampau bergantung dengan pemain bintang seperti Cristiano Ronaldo untuk memburu kemenangan.
Ronald Koeman
Sebagai pemain, Koeman dianggap sebagai pemain yang dianggap jarang/rare dengan peranan sebagai libero. Lebih daripada 30 tahun sejak Koeman menyertai gergasi Catalan itu sebagai pemain, jurulatih Belanda itu kembali Nou Camp dengan misi yang sama – menjulang kembali nama Barcelona – walaupun dengan peranan yang berbeza.
Namun ranjau yang dihadapi oleh Koeman amat besar sekali. Isu saga perpindahan Lionel Messi, skuad yang berusia, dan tiada peruntukkan adalah antara perkara yang dihadapi oleh beliau di Nou Camp.
Pendek kata, Barcelona berada dalam keadaan sukar ketika Koeman mengambil alih pasukan itu. Tiada jalan pintas untuk Koeman di Nou Camp. Beliau harus bekerja keras untuk membina kembali dominasi Barcelina yang dikenali sebagai salah sebuah kelab terbesar di eropah.
Penutup
Di atas hanya sebahagian daripada pemain yang kembali sebagai jurulatih. Kita juga memiliki Mikel Arteta bersama Arsenal, dan Gennaro Gattuso yang pernah bergelar pengurus Milan.
Sebagai pemain, kita semua tahu kemampuan dan kehebatan Andrea Pirlo. Namun cabaran sebagai pengurus pasti berbeza.