Kimpembe Dedahkan Sebab PSG Tewas Di Tangan Man. United

Presnel Kimpembe menyatakan PSG sudah melupakan kekalahan di tangan Manchester United. PSG menjadi pasukan pertama dalam sejarah UCL tersingkir daripada kalah mati selepas membawa bekala 2 gol tempat lawan dalam perlawanan pertama.

Kimpembe menjadi pemain yang diberikan tumpuan seluruh dunia selepas VAR menghukum beliau dengan kesalahan bola terkena tangan pada minit akhir perlawanan.

Marcus Rashford menyempurnakan penalti yang menyingkirkan PSG – dengan peraturan gol tempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3 secara agregate.

Sebelum ini PSG disingkirkan Barcelona selepas kemenangan 4-0 di Paris dalam perlawanan pertama. PSG ditewaskan Barcelona 6-1 di Nou Camp.

Kimpembe enggan menjadikan keputusan pengadil sebagai alasan utama. Beliau menegaskan punca utama mereka tersingkir kerana sikap mereka sendiri.

Menurut Kimpembe, mereka terlalu sambil lewa dan mengambil mudah perlawanan kedua di Paris selepas menang di Old Trafford. Masing-masing menganggap tugas mereka sudah selesa. Kimpembe memberikan jaminan perkara itu tidak akan berlaku lagi selepas ini.

Kimpembe bercakap kepada Bros. Stories di Youtube: “Ia menyakitkan saya dengan teruk sekali. Saya dapat merasakan apa yang penyokong rasa. Saya melihat mereka marah dan saya sedar akan kesilapan kami dan faham kenapa mereka marah.”

“Paling penting sekarang ini kami perlu menelan kekalahan itu dan melupakannya. Saya tahu perlawanan itu akan terus berada dalam kepala kami sepanjang musim ini.”

“Kami kalah keralah hilang keinginan seperti yang kami miliki di Old Trafford. Kami mengambil mudah perlawanan ini, dan ianya perkara yang tidak akan kami biarkan berlaku lagi selepas ini, tidak sama sekali.”

“Saya tahu kami akan kalah dalam perlawanan UCL selepas ini, namun saya tidak mahu kalah dengan cara sebegitu. Saya tidak mahu kami semua melaluinya lagi.”

“Buat masa ini, kami perlu bangkit. Kami ada Ligue 1 dan Coupe de France, yang penting untuk kami. Jika seluruh dunia merasakan memenangi kejuaraan kejuaran ini (domestik di Perancis) adalah mudah untuk kelab seperti PSG, saya nak kata; ianya tidak mudah sama sekali.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN