Kimmich Tak Setuju Ketika Sule Berpendapat Bayern Patut Bantai Pasukan ‘Lemah’ Real Madrid 5-2

Joshua Kimmich dan Niklas Sule antara pemain Bayern Munich yang berpendapat mereka harus menang dalam perlawanan menentang juara bertahan Real Madrid awal pagi tadi dalam UCL.

Bayern tampil dengan aksi bertenaga tetapi gagal menterjemahkan banyak peluang gol. Real Madrid pula lebih tajam menyempurnakan peluang gol untuk menang.

Bercakap kepada wartawan Mixed Zone selepas tamat perlawanan, Niklas Sule memberitahu mereka patut menang 5-2 namun gagal menyempurnakan peluang yang ada.

“Pasti tidak ada yang mengeluh jika kami menang 5-2 di dalam perlawanan ini. Saya rasa saya tidak pernah pernah lagi melihat Real Madrid yang lemah seperti ini datang ke Bayern Munich.”

Joshua Kimmich bersetuju mereka patut menang besar tetapi tak setuju dengan angka 5-2 yang dikatakan Sule, sebaliknya menurut Kimmich mereka patut menang 7-2.

“Saya lebih ingin mengatakan kami patut menang 7-2 dalam perlawanan ini.”

“Saya rasa anda semua juga sudah melihat perlawanan tadi. Kami memiliki dua atau tiga peluang lebih banyak daripada mereka di babak pertama, dan di babak kedua Franck Ribery ada beberapa peluang keemasan.”

“Saya tidak mampau menyenaraikan semua peluang, namun setidaknya ada enam sampai tujuh peluang yang bagus.”

Real Madrid menang 1-2 di Allianz Arena dalam perlawanan separuh akhir pertama UCL. Bayern pastinya ada tugas berat di Bernabeu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN