Bellamy: “Mourinho Bukan Pengurus Yang Sesuai Untuk DNA Manchester United”

Bekas penyerang antarabangsa Wales, Liverpool dan Manchester City, Craig Bellamy berkata Jose Mourinho bukanlah pengurus yang sesuai dengan DNA bola sepak yang dimiliki oleh Manchester United.

Sebaliknya, Bellamy berpendapat langkah kelab yang paling kaya dengan sejarah kejuaraan bola sepak Inggeris itu melantik pengurus berbangsa Portugal tersebut adalah kerana terdesak untuk mengekalkan jumlah koleksi piala yang dimenangi saban tahun.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Manchester United berada di kedudukan terbaik menamatkan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) 2017/18 di tangga kedua. Ia adalah pencapaian yang tidak pernah dilakukan oleh pengurus terdahulu selepas Sir Alex Ferguson meninggalkan Old Trafford pada 2013.

Walaupun berjaya membawa Manchester United kembali ke kelompok teratas bola sepak Inggeris, corak permainan paragmatik yang diterapkan oleh Mourinho tidak berapa digemari oleh segelintir penyokong di era bola sepak moden ini.

Dan Bellamy menjelaskan perlantikan Mourinho adalah kerana United sudah terdesak untuk kekal kompetitif merebut kejuaraan, setelah beberapa musim kedudukan terbaik hanya di tangga ke-4.

(Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

“Manchester United sudah biasa memenangi piala. Sudah tentu Mourinho akan melihat dan berkata saya telah melukannya. Namun demikian bola sepak Inggeris ialah mengenai kejuaraan liga.”

“Manchester United ialah mengenai The Busby Way, nyanyian oleh penyokong. Itu identiti mereka. Mereka mempunyai sejarah yang hebat.”

“Saya memahami kedahagaan mereka untuk kembali menjadi pasukan yang hebat, dan berada di kedudukan teratas liga. Itulah sebab mereka mahukan Mourinho.”

“Dan kemudian mereka berkata lupakan identiti lalu. Jangan risaukan apa yang telah dicapai sebelum ini. Ini yang kita perlukan sekarang, dan berilah kami kejayaan tersebut.”

“Saya tidak menafikan Mourinho adalah pengurus yang bagus. Itu kita tidak boleh nafikan. Tetapi pada skop pandangan saya, Mourinho bukanlah pengurus yang sesuai dengan profail yang dimiliki oleh Manchester United.”

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

“Ini kerana Mourinho mempunyai sifat yang bertentangan dengan nyanyian yang sering dilaungkan oleh penyokong. Ini kerana penyokong adalah identiti kepada kelab ini, dan mengapa tidak? Ini adalah kelab mereka,” jelas Bellamy

Dan seorang lagi bekas pemain, Ray Parlour yang beraksi bersama Arsenal satu ketika dahulu berkata Manchester United pada hari ini sudah jauh berbeza dengan kelab ketika era Sir Alex.

“Manchester United memiliki banyak pasukan yang hebat sepanjang sejarah kelab ini. Lihatlah kepada pasukan sedia ada. Mereka tidak layak untuk disamakan dengan mana-mana pasukan yang pernah dibina di sini,” jelas Parlour.

“Di era saya, terdapat pemain seperti Scholes, Keane dan Giggs. Saya tahu akan ada yang berkata bahawa bola sepak sudah berubah. Namun apa pun perubahan, bola sepak seharusnya dimainkan dengan corak permainan pantas dan menghiburkan.”

“Lihatlah Manchester United pada hari ini. Mereka bermain dengan sangat perlahan, dan adakalanya prestasi mereka sangat teruk seperti ketika tewas kepada West Brom.”

(Photo by Phil Cole/Getty Images)

“Penyokong Manchester United pasti menyedari hal ini sambil berkata: ‘pasukan ini perlu bermain lebih baik.’ Tetapi jika mereka berjaya membawa pulang Piala FA pada bulan hadapan, ia masih satu pencapaian yang boleh dibanggakan kerana menjuarai 3 kejuaraan utama di dalam tempoh dua musim.

Bola sepak yang diperagakan oleh Manchester United sering mendapat perdebatan di kalangan penyokong mereka sendiri. Ada yang masih rindukan era Sir Alex, dan ada juga di antara mereka yang tetap yakin akan kebolehan Mourinho sebagai pengurus.

Apapun pilihan anda, sebuah kelab bola sepak sewajarnya memiliki falsafah bola sepak mereka sendiri untuk diperjuangkan sebagai DNA. Apakah falsafah bola sepak yang ingin diterapkan oleh Jose Mourinho di Old Trafford?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN