Sweden Sahkan Zlatan Ibrahimovic Tidak Akan Beraksi Di Piala Dunia

Sebelum ini, Zlatan Ibrahimovic menyatakan beliau mahu kembali semula ke skuad kebangsaan Sweden untuk bermain dalam Piala Dunia. Beliau berkata dalam program bual bicara Jimmy Kimmel:

“Saya akan ke Piala Dunia. Piala Dunia tanpa saya adalah bukan Piala Dunia.”

Zlatan Ibrahmimovic mengumumkan persaraan dari pentas antarabangsa selepas Euro 2016. Beliau mewakili Sweden dalam Piala Dunia untuk edisi 2002 dan 2006.

Zlatan yang sudah berusia 36 tahun kini beraksi bersama LA Galaxy, menyertai kelab tersebut dari Manchester United.

Beliau pernah menyatakan hasrat untuk kembali pada perlawanan play-off Piala Dunia menentang Itali.

Kenyataan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Sweden (SvFF) pada hari ini telah menutup segala spekulasi bahawa beliau akan kembali ke dalam pasukan kebangsaan.

Pengarah Sukan Sweden, Lars Richt berkata:

“Zlatan sebelum ini sudah mengatakan ‘tidak’ untuk bermain dengan pasukan kebangsaan lagi. Saya sudah bercakap dengan dan Selasa lalu, pendirian beliau masih sama. Dan beliau tidak mengubah fikiran beliau, masih berkata tidak.”

“Zlatan pernah datang ke kem kebangsaan untuk sesi berkumpul bersama pasukan kebangsaan tetapi bukan sebahagian daripada calon yang akan menyertai pasukan Sweden yang dibimbing Janne Andersson di Piala Dunia.”

Ibrahimovic dianggap pemain terbaik yang pernah dihasilkan oleh Sweden dalam sejarah mereka. Beliau meninggalkan Sweden dengan status kapten.

Sebelum ini jurulatih Sweden pernah memujuk Zlatan untuk kembali tetapi Zlatan menolak. Dan Janne Andersson berpendapat, pemain yang pernah menolak untuk bermain untuk pasukan kebangsaan tidak perlu untuk kembali.

Janne Andersson tidak pernah meletakkan nama Ibrahimovic dalam senarai saringan ke Piala Dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN