Kiko Insa Tamatkan Kontrak Dengan Bangkok Glass FC

Bekas pemain Pahang, Kiko Insa mengumumkan telah menamatkan kontrak secara rasmi dengan kelab Thai League 1, Bangkok Glass.

Kiko yang pernah beraksi dengan skuad tok gajah musim lepas membuat pengumuman itu melalui laman sosial miliknya setelah mencapai persetujuan bersama dengan pengurusan pasukan itu untuk melepaskannya.

Adik kepada pemain tengah JDT, Natxo Insa ini telah membuat 4 penampilan dengan skuad ‘The Rabbits’ dalam saingan Liga divisyen utama Thailand itu. Kelab itu kini berada di kedudukan 13 dalam Liga tersebut.

Kiko menandatangani kontrak dengan kelab itu pada bulan Februari dan membuat penampilan pertamanya pada 24 Februari menentang Navy FC.

Difahamkan peraturan liga tersebut yang hanya membenarkan 4 pemain import sahaja beraksi di atas padang menyebabkan Kiko mengambil keputusan untuk berhijrah ke pasukan lain.

Hal ini kerana Kiko yang didaftarkan melalui slot pemain import Asean tidak diberi banyak peluang beraksi dan kurang minit permainan.

Aksi Kiko Insa ketika menentang Sukothai dalam saingan Liga Thailand. FOTO: Bangkok Glass FC

Pemain berdarah campuran Malaysia dan Sepanyol itu dilihat sedia kembali ke Malaysia beraksi dengan mana-mana pasukan Liga Super apabila pintu perpindahan kedua dibuka kelak.

Malah, terdapat khabar angin dari Indonesia yang mengatakan beliau akan kembali menyertai Arema FC atau Bali United dalam saingan Liga Indonesia.

Terdapat juga sumber dari Malaysia yang mengatakan beliau kemungkinan akan menyertai abangnya dalam pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi memperkuatkan barisan pertahanan skuad Harimau Selatan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN