Kelab Milik Class Of ’92, Salford City Berada Di Dalam Landasan Untuk EPL

Salford City

Nampaknya sasaran pemilik bersama kelab Salford City FC, Gary Neville untuk kelab tersebut layak ke Football League dalam tempoh 4 hingga 6 tahun seakan-akan bakal direalisasikan.

Masih ingat kata-kata Neville dalam artikel “Class of 92’ Sasar Salford City Ke EPL, Yakin Kelab Mampu Berdaya Saing“?

“Kami tidak akan mengambil alih kelab ini jika kami berpendapat kami tidak mampu membawanya pergi jauh. Kami menerima hakikat wujudnya cabaran berat di hadapan.

“Akan ada turun dan naik sepanjang perjalanan ini, tetapi kami ada sasaran yang kami mahu capai. Buat masa ini, sasaran realistik ialah menuju ke Football League dalam tempoh 4 hingga 6 tahun yang akan datang,” ujar Neville pada Ogos 2017.

Salford City baharu sahaja mengesahkan promosi mereka ke National League selepas dimahkotakan kejuaraan di saingan National League North musim 2017/18.

Salford City
Ryan Giggs bersama pemain-pemain Salford City. Foto: Getty Images

Ini merupakan promosi ketiga dalam tempoh empat musim buat kelab tersebut dan dengan kenaikkan pangkat tersebut, mereka kini hanya satu tangga di bawah Football League.

Walaupun tewas 1-2 kepada Boston United, mereka tetap meraih mahkota National League North selepas pencabar terdekat Harrogate Town tumbang 1-3 kepada lawan.

Salford City kini berada di puncak liga dengan 88 mata daripada 41 perlawanan, berbaki satu perlawanan. Mereka hanya tewas 7 perlawanan pada musim 2017/18.

Football League merangkumi tiga divisyen iaitu Championship, League One dan League Two serta mengandungi 72 pasukan profesional bertanding pada setiap musim.

Salford City
Para pemain dan staf meraikan kejayaan sebaik tamat perlawanan menentang Boston United. Foto: Getty Iamges.

Salford City dimiliki bersama 4 bekas bintang Manchester United iaitu Gary Neville, Nicky Butt, Ryan Giggs dan Paul Scholes ataupun lebih sinonim dengan panggilan Class of ’92.

Kelab yang berpengkalan di bandaraya Manchester itu diurus bersama oleh dua pengurus iaitu Anthony Johnson dan Bernard Morley selepas memecat Phil Power pada Januari 2015.

Giggs yang juga merupakan ketua jurulatih Wales ketika ini dilihat turut berada di padang bersama para pemain Salford City meraikan kejayaan mereka musim ini.

Salford City
Ryan Giggs turun padang meraikan kejayaan Salford City. Foto: Getty Images.

Neville, Butt, Giggs dan Scholes juga telah mengucapkan tahniah kepada kelab atas kejayaan meraih promosi melalui sebuah video yang telah dimuat naik di Twitter kelab.

Neville dilihat berkata, “Juara, Salford City FC. Tiga promosi dalam tempoh 4 tahun, pencapaian yang tidak terduga.”

Butt pula mengucapkan tahniah kepada para pemain dan barisan kejurulatihan, sementara Giggs pula menyatakan penghargaan kepada para penyokong kelab.

“Sekarang, mari kita ke National League!” tegas Scholes di akhir video berdurasi 26 saat itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN