Mourinho: “Saya Tidak Perlukan Sanchez & Pogba Yang Sempurna”

Jose mourinho mungkin berniat mengurangkan tekanan yang dilalui oleh Alexis Sanchez sejak menyertai Manchester United pada Januari lalu.

Begitu juga dengan Paul Pogba yang kerap dikritik atas persembahannya dan baru-baru ini, Mourinho turut mempertahankan pemain tengah itu daripada kritikan pedas Paul Scholes.

Sanchez dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan (MOTM) selepas membantu Manchester United mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir Piala FA.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Bermula dengan agak sukar, Sanches kemudiannya bangkit menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-24 perlawanan, sebelum merangka gol kemenangan oleh Ander Herrera pada babak kedua perlawanan, untuk mengesahkan United bakal kembali ke Wembley bulan hadapan.

Sejak menyertai United pada Januari lalu, Sanchez melalui prestasi serba tidak mementu, tetapi berjaya membantu pasukan menewaskan lawan di kalangan enam pasukan utama EPL.

Dan selepas kemenangan 2-1 ke atas Tottenham Hotspur di Wembley, Mourinho berkat beliau tidak mendesak dan berharap agar Sanchez bakal mengulangi prestasi yang sama dalam setiap perlawanan selepas ini. Sanchez bakal berhadapan dengan bekas kelab, Arsenal pada minggu hadapan.

(Photo by Mark Leech/Offside/Getty Images)

“Saya memberitahu Alexis dan Paul perkara yang sama beberapa minggu lalu. Bahawasanya saya tidak boleh mengharapkan pemain menampilkan aksi MOTM di setiap perlawanan.”

“Saya tidak boleh mengharapkan mereka menjaringkan gol di setiap perlawanan. Dan saya tidak boleh mengharapkan mereka menampilkan perlawanan yang sempurna setiap minggu.”

“Apa yang saya mahukan ialah satu tahap prestasi di mana anda tidak beraksi di bawah paras piawai, dan itu melibatkan perkara asas di dalam perlawanan.”

“Jika anda melaksanakan perkara yang asas, dan kemudian ia akan diikuti oleh kehebatan pemain secara peribadi dan menampilkan prestasi yang mengkagumkan, maka itu sangat bagus.”

“Oleh itu saya tidak akan menunggu Alexis menjaringkan gol dalam perlawanan seterusnya, atau menjadi pemain terbaik perlawanan sekali lagi.”

(Photo by Adam Davy/PA Images via Getty Images)

“Saya hanya mahukan penampilan yang stabil, dan untuk Alexis musim hadapan beliau akan berada di tahap yang lebih baik untuk kami. Saya tidak pernah menggemari jendela perpindahan pada Januari.” terang Mourinho panjang lebar.

Manchester United bakal berhadapan daripada Chelsea atau Southampton di Wembley pada bulan hadapan, dan Mourinho menyifatkan musim ini sebagai berjaya, walaupun jika tanpa sebarang trofi kejuaraan.

United masih mempunyai baki 4 perlawanan dan mampu menamatkan kempen pada musim ini dengan maksima 86 mata. Bagaimanapun Mourinho mensasarkan minima 81 mata terkumpul sejak awal musim.

Mourinho kemudian menjelaskan definisi kejayaan bagi Manchester United pada musim ini.

“Musim ini akan dianggap berjaya jika kita mampu menamatkan saingan EPL di tempat ke-2 dengan minima mata 81. Ini akan membuatkan kita berada di kedudukan yang lebih baik daripada Tottenham Horspur, Liverpool, Chelsea dan Arsenal.”

(Photo by Chris Brunskill Ltd/Getty Images)

“Mengumpul 81 mata adalah satu kejayaan kerana kita mensasarkan 80 mata pada awal musim. Ianya juga kerana kita hanya berada di belakang juara mutlak.”

“Ini bermakna pasukan ini berjaya menghasilkan lebih banyak mata dari musim lalu, menang lebih banyak perlawanan, menjaringkan lebih banyak gol, dan dibolosi lebih sedikit jaringan.”

“Berjaya memperolehi keputusan yang lebih baik menentang pasukan-pasukan utama ini juga merupakan indikasi kejayaan pada musim ini.”

“Sekarang fokus akan terarah ke perlawanan akhir. Sudah tentu kita akan berusaha untuk menjuarainya,” jelas Mourinho.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN