Khuzaimi Piee: “Saya Bimbang Keselamatan Ahli Keluarga”

Pertahanan kental Selangor iaitu Khuzaimi Piee terpaksa melalui detik gelap apabila rumah kediamannya telah dipecah masuk oleh penjenayah sehingga menyebabkan beliau kehilangan beberapa barangan berharga.

Kejadian yang berlaku semalam itu dikongsikan sendiri oleh Khuzaimi di Instagram dengan menyatakan motorsikal model Y15 ZR antara yang dicuri selain beg silang serta pasport miliknya.

Menerusi kenyataan laporan Khuzaimi kepada pihak polis, beliau mendapati pintu pagar depan dan belakang telah terbuka ketika dirinya pulang daripada sesi latihan bersama The Red Giants.

“Pada 22/05/2024 jam lebih kurang 2 petang saya meninggalkan rumah untuk pergi ke tempat latihan bola sepak Selangor, jam lebih kurang 9 malam semasa saya sampai di rumah, saya dapati pintu pagar depan dan belakanh telah terbuka.

“Saya buat pemeriksaan di dalam rumah dapat ada barang-barang yang hilang antaranya ialah sebuah motorsikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna biru, beg silang pelbagai jenama, serta pasport,” jelas laporan tersebut.

Disebabkan itu, bekas pertahanan Negeri Sembilan tersebut bakal mengambil langkah berjaga-jaga setelah alamat kediaman keluarganya telah terdedah.

Ini berikutan beberapa dokumen seperti pasport yang mempunyai alamat kediamannya turut hilang dan mengundang kepada situasi bahaya buat keluarga beliau.

Jelas pertahanan Harimau Malaya itu, ketika kejadian berlaku tiada sesiapa berada di rumahnya selepas isteri serta anaknya berada di Melaka.

“Saya tinggal seorang saja dekat sini (Shah Alam). Anak dan isteri semuanya berada di Melaka dan Alhamdulillah ketika kejadian tiada orang di rumah.

“Jadi kebimbangan ketika ini adalah pasport dan beberapa dokumen penting menggunakan alamat kampung. Saya bimbang mengenai keselamatan ahli keluarga di kampung,” kata beliau menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Khuzaimi menjadi pemain keempat dalam negara kini yang menjadi mangsa kepada penjenayah setelah Akhyar Rashid, Faisal Halim, serta Safiq Rahim telah mengalaminya walaupun berbeza kes.

Walaupun tidak mengalami sebarang kecederaan atau diserang oleh penjenayah, ianya tetap merupakan perbuatan tidak boleh dimaafkan begitu sahaja selepas pasport beliau turut dicuri.

Kami di Semuanya BOLA mendoakan segala urusan Khuzaimi dipermudahkan dan penjenayah itu segera diberkas oleh pihak polis.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN