Syafiq Ahmad Kembali Jadi Pilihan Kim Pan-gon Bersama Harimau Malaya

Nama penyerang tempatan, Syafiq Ahmad akhirnya kembali dipanggil untuk menyertai kem Harimau Malaya selepas beliau dipinggirkan oleh Kim Pan-gon sebelum itu cukup lama untuk beraksi di pentas antarabangsa.

Terdahulu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun mengumumkan senarai 26 pemain untuk mengikuti kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan berlangsung pada Isnin hadapan.

Panggilan ini adalah untuk persediaan Malaysia bagi menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 peringkat Kumpulan D menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun 2024.

“Berikut senarai nama 26 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon ke kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula Isnin, 27 Mei 2024 bagi menghadapi perlawanan kelima dan keenam Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Republik Kyrgyz di Bishkek pada 6 Jun 2024 dan menentang Chinese Taipei di Bukit Jalil pada 11 Jun 2024,” jelas kenyataan tersebut.

Daripada 26 pemain dipanggil, nama Syafiq antara menjadi tumpuan apabila beliau kembali dipanggil untuk menggalas tanggungjawab bersama pasukan kebangsaan.

Syafiq yang menyertai Kedah Darul Aman (Kedah) musim ini dengan status pinjaman telah pun meledak satu gol daripada dua perlawanan dihadapi Sang Kenari di pentas Liga Super.

Bawah kendalian Nafuzi Zain, jelas Syafiq diberi peranan penting selaku antara penyerang utama untuk mempertajamkan aspek serangan pasukan tersebut.

Selain Syafiq, penjaga gol utama Kedah iaitu Kalamullah Al-Hafiz turut dipanggil kali ini untuk menjalani sesi latihan pusat bersama rakan sepasukan Harimau Malaya lain.

Antara nama baharu mencuri tumpuan pastinya terarah kepada pertahanan Penang iaitu Muhammad Adib Abdul Ra’op, serta pemain serangan Terengganu, Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob.

Pada masa sama, FAM turut menyatakan beberapa pemain seperti Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi terpaksa diketepikan kerana mengalami isu kecederaan.

“Beberapa pemain terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan seperti Faisal Halim, Arif Aiman Hanapi, Azam Azmi Murad dan Romel Morales,” jelas kenyataan itu.

Akhir sekali, nama pemain Sri Pahang iaitu Sergio Aguero, Luqman Hakim Shamsudin, Nathaniel Shio Hong Wan, dan beberapa lagi antara berada dalam senarai bersedia jika tonggak utama terpaksa diketepikan.

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN