Selangor Mahu Orang Ramai Elak Beri Sebarang Andaian Isu Khuzaimi Piee

Selangor telah pun menberi maklum balas mengenai kejadian yang menimpa pemain mereka sebelum ini iaitu Khuzaimi Piee apabila kediaman beliau telah dipecah masuk sehingga menyebabkan kehilangan harta benda.

Ianya terlebih dahulu dikongsikan sendiri oleh Khuzaimi menerusi media sosial Instagram beliau mengenai kejadian tersebut sebelum satu laporan polis dibuat pertahanan Malaysia itu.

Menerusi kenyataan laporan Khuzaimi kepada pihak polis, beliau mendapati pintu pagar depan dan belakang telah terbuka ketika dirinya pulang daripada sesi latihan bersama The Red Giants.

“Pada 22/05/2024 jam lebih kurang 2 petang saya meninggalkan rumah untuk pergi ke tempat latihan bola sepak Selangor, jam lebih kurang 9 malam semasa saya sampai di rumah, saya dapati pintu pagar depan dan belakanh telah terbuka.

“Saya buat pemeriksaan di dalam rumah dapat ada barang-barang yang hilang antaranya ialah sebuah motorsikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna biru, beg silang pelbagai jenama, serta pasport,” jelas laporan tersebut.

Disebabkan itu, bekas pertahanan Negeri Sembilan tersebut bakal mengambil langkah berjaga-jaga setelah alamat kediaman keluarganya telah terdedah.

Ini berikutan beberapa dokumen seperti pasport yang mempunyai alamat kediamannya turut hilang dan mengundang kepada situasi bahaya buat keluarga beliau.

Terbaharu, pengurusan Selangor telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut dengan turut berpesan supaya tiada sebarang spekulasi atau andaian dikeluarkan orang ramai.

“Pihak kelab mengambil maklum berkenaan insiden pecah rumah yang melibatkan pemain pertahanan, Ahmad Khuzaimi Piee, malam semalam.

“Insiden ini telah menyebabkan Khuzaimi mengalami kerugian harta benda namun beliau dan keluarga selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

“Berikutan insiden tersebut, laporan polis telah dibuat, dan pihak kelab menyarankan agar orang ramai untuk tidak membuat andaian dan sebarang spekulasi, serta menyerahkan kes ini sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dengan sebaiknya.

“Pihak kelab merasa kecewa dengan apa yang berlaku dan mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk jenayah di dalam negara ini.

“Kami mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Khuzaimi dan keluarganya dan diharap pelaku dapat ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan,” jelas kenyataan kelab tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN