Belum Mula, Tetapi Kejohanan Mitsubishi Cup Dianggap Sudah Kelakar

Saingan Mitsubishi Cup belum pun bermula tetapi ianya sudah mencetuskan beberapa pertikaian dalam kalangan peminat bola sepak di media sosial atas beberapa perkara yang telah dilakukan oleh penganjur.

Antara pertikaian yang dibincangkan pastinya mengenai tarikh kejohanan tersebut yang akan berlangdung sekitar penghujung tahun ini dan dianggap sudah tidak relevan buat negara-negara di Asia Tenggara kini.

Menerusi pandangan Afiq Shari di Facebook, beliau menyifatkan kejohanan tersebut sebagai sesuatu cukup lucu walaupun ia masih belum berlangsung.

“Pada aku, kejohanan ni kelakar. Belum mula lagi pun dah banyak benda lucu. Macam biasa, Piala AFF akan berlangsung pada November-Disember setiap dua tahun sekali.

“Ya, maknanya satu lagi edisi di mana kejohanan ini akan berlangsung di luar kalendar FIFA. Juga bermaksud, tak wajib pun kalau kelab tak nak bagi pemain.

“Kalau edisi-edisi sebelum ni ya aku rasa kelakar kepada kelab di Malaysia yang tak nak lepaskan pemain untuk Piala AFF. Bermula musim ini, MFL ubah jadual liga kepada Mei hingga… (tak tahu lagi).

“Yang pastinya, maknanya hujung tahun kalendar ni liga masih berjalan.

“Dan bukan kita sahaja macam ni. Negara lain pun dah ubah musim ke arah stail Eropah ni memandangkan AFC sendiri pun dah ubah penjadualan AFC Champions League dan ACL2.

“Jadi apa maksudnya? Maksudnya aku tak faham apa yang AFF nak buat dengan Piala AFF ni.

“Waktu kau buat tournament luar kalendar FIFA yang waktu orang semua tak main pun macam-macam isu kelab tak nak lepas player, kau rasa dengan situasi sekarang musim sedang berjalan kau buat tournament begini.

“Bahkan, AFC Champions League pun ada game ketika Piala AFF ni berlangsung. Kalau aku jadi owner kelab yang main ACL, memang tidak la aku nak lepas player. Amik budak Piala MFL boleh la aku bagi.

“Lebih kelakar lagi, AFF sendiri aware yang kelab ASEAN sekarang penjadualannya mengikut jadual AFC kerana mereka menganjurkan Shopee Cup yang bermula pada Julai ini.

“Ni kelakar jenis apa? Jadi saya lagi jammed memikirkan hal ini. Nak kata tak tahu, dia tahu.

“Apapun saya ucapkan selamat maju jaya kepada para pemain dan pasukan yang bertanding. Saya tak rasa kita akan mendapat skuad yang terbaik lebih-lebih lagi JDT dan Selangor sedang bersaing di Asia ketika itu,” jelas Afiq di Facebook.

Kejohanan kali ini menyaksikan Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama juara bertahan, Thailand, Singapura, Kemboja, serta Brunei atau Timor Leste yang akan ditentukan beraksi dalam kejohanan tersebut.

Selain Malaysia, di Kumpulan B pula menyaksikan naib juara musim lalu iaitu Vietnam bakal berdepan cabaran daripada Indonesia, Filipina, Myanmar, serta Laos.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN