Khalid Samad Tak Letak Jawatan Presiden KLFA Demi Jaga Stanley Bernard & Bojan Hodak

Khalid Samad

Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad mengatakan yang beliau tidak pernah mahu meletakkan jawatan walaupun ada yang mendesak.

Hal ini disebabkan, jika beliau tunduk kepada desakan itu, ianya akan menyebabkan figura penting dalam bola sepak Kuala Lumpur akan meninggalkan pasukan.

Bercakap kepada media dalam satu sidang media di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Khalid mengatakan yang jika beliau tidak kekal sebagai presiden pastinya kelab itu akan menjadi caca merba.

“Ada yang kata kepada saya, sebaik saja saya letakkan jawatan maka duit akan mengalir masuk [ke dalam kelab]. Saya diminta untuk ‘berjiwa besar’ dan meletak jawatan supaya KLFA akan menerim duit dan dengan itu KL City akan turut menerimannya.

“Walaupn diminta beberapa kali, saya enggan untuk meletakkan jawatan kerana saya amat sedar akan implikasi pemergian saya. Pasukan bola sepak tidak akan berjaya seperti sekarang kerana mereka yang telah dikenalpasti mengambil alih hanya berminat untuk memperalat paskan ini untuk kepentingan perniagaan dan agenda peribadi mereka,” ujar Khalid.

Kata Khalid lagi, sekiranya beliau meletakkan jawatan sudah pasti Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard dan jurulatih Bojan Hodak akan meninggalkan pasukan tersebut.

Perkara ini pastinya akan merosakkan KL City kerana dengan adanya Stanley dan Hodak, mereka berjaya merangkul kejuaraan utama yang pertama sejak 32 tahun.

“Pengurusan baharu yang dicadangkan sekiranya saya meletak jawatan telah menyatakan secara jelas mereka inginkan Stanley dihentikan.

“Sekiranya Stanley dihentikan, Hodak akan berhenti kerana mereka merupakan gandingan yang baik. Stanley yang telah membawa Hodak balik dari Croatia untuk menjadi jurulatih Kuala Lumpur City. Kalau ini terjadi, pasukan akan kembali seperti dahulu.

“Saya kekal sebagai presiden untuk menentukan tiada campur tangan oleh ahli politik atau ahli perniagaan yang akan merosakkan disiplin dan kerjasama pasukan,” ulas Khalid lagi.

Sungguh pun berkeras untuk tidak melepaskan jawatannya, nasib Khalid akan ditentukan pada 2023 apabila Mesyuarat Agung Tahunan KLFA akan diadakan.

Dengan negara akan memasuki fasa pilihan raya umum tidak lama lagi, kedudukan Khalid dijangka goyah sekiranya Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu dilantik.

Hal ini menurutnya, kerusi Presiden KLFA lazimnya diberikan kepada Menteri Wilayah Persekutuan dan beliau memperoleh jawatan itu disebabkan perkara itu sewaktu Pakatan Harapan menerajui kerajaan Malaysia.

GAMBAR: Hafizuddin Omar  – Sukanz

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN