Aidil Sharin Ingatkan Penyokong Kedah Supaya Bersyukur

Bekas pengendali Kedah Darul Aman (KDA) telah pun mendedahkan salah satu pengalaman beliau sepanjang melatih pasukan tersebut selama empat musim ini dengan cerita yang agak sedih.

Menurut Aidil, beliau jelas sangat bersyukur sepanjang mewakili pasukan tersebut untuk menabur bakti dalam menaikkan mutu bola sepak KDA, meskipun mengalami masalah gaji.

https://www.instagram.com/p/Cj2kr4ePb-W/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Aidil yang telah membawa kejuaraan Piala FA pada tahun 2019 yang juga merupakan musim pertamanya bersama KDA jelas dipandang tinggi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) menerusi rekod beliau bersama pasukan itu sepanjang empat musim.

Dua hari lepas, suatu kejutan berlaku dalam kem pasukan tersebut apabila Aidil telah pun berpisah dengan pasukan berkenaan setelah empat musim menabur bakti.

Perpisahan itu menyaksikan pengendali dari Singapura itu tidak akan meneruskan tugasnya untuk terus membimbing KDA dalam saingan Piala Malaysia 2022 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Semalam, Aidil telah pun mendedahkan suatu perkara di ruangan komen Semuanya BOLA, apabila dirinya telah dipertikai mengenai erti syukur daripada pemilik akaun bernama handredball.

Menurut pemilik akaun tersebut, beliau telah menegur agar Aidil memahami erti syukur dengan KDA biarpun dengan prestasi semasa kurang memberansangkan.

“Anda perlu bersyukur anda coach pasukan Kedah, kalau pasukan lain dengan prestasi sebegitu, belum habis liga dah kena buang,” jelas handredball.

Tampil untuk menjelaskan situasi sebenar dialami jurulatih itu, Aidil sendiri telah membidas komen tersebut dengan menyatakan beliau tetap bersyukur, walaupun tanpa gaji selama lima bulan.

“Terima kasih negeri Kedah. Awak kena fikir juga bila pasukan Kedah ini tak ada gaji selama lima bulan dan awak kena bersyukur, kelab masih lagi berjalan dan mendapat tempat kedua saingan liga selain melayakkan diri ke AFC.

“Kalau jurulatih lain dari Eropah atau Korea Selatan, awak punya negeri dah bungkus bila dibawa ke FIFA,” bidas Aidil di ruangan komen.

Pendedahan ini membuktikan sendiri KDA pernah mempunyai masalah gaji, apabila bekas pengendali tersebut menyatakan sendiri kepada umum.

Sebelum ini dalam satu sesi temu ramah bersama Aidil, beliau sendiri menyatakan walaupun ada beberapa masalah melanda, dirinya masih lagi bersabar kerana rasa sayang akan pasukan.

Kredibiliti Aidil bersama KDA sepanjang empat musim ini pastinya bukan sahaja dikenang sebagai salah seorang jurulatih paling berjaya bersama pasukan tersebut, malah beliau juga berjaya membawa pasukan dengan baik walaupun mempunyai masalah dalaman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN