“Musiala Lagi Bagus” – Julian Nagelsmann Persoal Gavi Diberikan Anugerah Kopa

Pengendali Bayern Munich, Julian Nagelsmann mempersoal kemenangan bintang muda Barcelona, Gavi dalam anugerah Kopa baru-baru ini.

Anugerah Kopa merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada pemain muda pada malam pemenang Ballon d’Or dinobatkan.

Gavi menewaskan pemain Real Madrid, Eduardo Camavinga dan Jamal Musiala dari Bayern Munich untuk memperoleh gelaran tersebut.

Kemenangan Gavi itu turut tidak disenangi oleh ramai pihak dengan majoriti berasakan sepatutnya pemain muda lain lebih layak memperoleh anugerah tersebut.

Pendapat itu turut disokong oleh Nagelsmann yang pemain lain sepatutnya memenangi anugerah tersebut berbanding Gavi.

Pada hemat beliau, dua pemain muda dari Bundesliga lebih layak untuk memenangi anugerah tersebut berbanding Gavi.

”Pada pendapat saya, kedua-dua pemain iaitu Jude Bellingham dan Jamal Musiala mempunyai musim yang lebih baik berbanding beliau [Gavi], “ kata Nagelsmann.

Nagelsmann berasakan yang Musiala dan Bellingham sepatutnya mempunyai keputusan yang lebih baik dalam anugerah Kopa itu.

Walaupun kecewa pemenang anugerah itu bukan dari kancah Bundesliga, Nagelsmann tidak menafikan yang Gavi adalah seorang pemain yang berkualiti.

”Tetapi Gavi adalah seorang pemain yang hebat dan saya gembira untuk beliau.

”Saya tak akan kata yang beliau tak layak menang kerana Gavi mempunyai mentaliti juara yang sangat hebat untuk pemain berusia sebegitu,” kata Nagelsmann lagi.

Pada malam anugerah Ballon d’Or 2022, bukan sahaja Gavi yang merupakan wakil La Liga yang naik ke petang sebagai pemenang.

Thibaut Courtois merangkul anugerah Yashin sementara Karim Benzema merangkul hadiah iaitu iaitu Ballon d’Or itu sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN