Aura JDT Berjaya Tarik Ramai Penyokong Untuk Turun Ke Stadium

Aura kuat yang ditonjolkan oleh juara sembilan kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah berjaya menarik ramai penyokong untuk turun ke stadium.

Sepanjang musim ini, tarikan penyokong itu bukan saja melibatkan pendukung JDT sahaja malah peminat pasukan lawan turut terkena dengan aura kuat Harimau Selatan.

Dalam sebuah data yang disiarkan di laman Facebook JDT, pengaruh mereka telah berjaya menarik ramai penyokong untuk datang menyaksikan Harimau Selatan di Stadium Sultan Ibrahim atau gelanggang-gelanggang lain di Malaysia.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim mencatatkan jumlah kehadiran tertinggi dalam Liga Super Malaysia 2022.

“Bukan sahaja Stadium Sultan Ibrahim berjaya menarik ramai penyokong untuk perlawanan di tempat sendiri, JDT juga merupakan pasukan yang paling ramai ditonton untuk perlawanan di tempat lawan apabila penyokong pasukan tuan rumah turut berpusu-pusu melihat aksi Harimau Selatan,” tulis JDT lagi.

Menurut rekod, hanya JDT sahaja yang berjaya mencatatkan kehadiran sebanyak enam angka untuk perlawanan di SSI dan tempat lawan.

JDT mencatatkan 181,316 jumlah kehadiran di SSI dan 115,267 untuk aksi di tempat lawan.

Kehadiran tinggi ini membuktikan yang setiap kali JDT tiba di kawasan lawan, ianya pasti akan mencuri tumpuan.

Sabah dan Terengganu juga mencatatkan kehadiran yang baik pada musim ini dengan menduduki tiga terbaik.

Sabah ditempat kedua dengan 98,954 di Likas dan 70,859 di tempat lawan. Sementara Terengganu memperoleh 72,790 di Gong Badak dan 42,665 semasa melawat kawasan lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN