Keylor Navas Sedih Bakal Sarung Jersi Los Blancos Buat Kali Terakhir

Jodoh Keylor Navas bersama Real Madrid nampaknya akan berakhir pada musim ini, selepas beliau dimaklumkan tiada di dalam perancangan kelab untuk kempen musim 2019/20.

Untuk itu, Real Madrid dilaporkan telah membenarkan Navas mencari kelab baru, walaupun baharu sahaja menandatangani kontrak baharu pada Januari lalu.

Sering tersisih

Kisah Navas sering menjadi mangsa sisihan di Real Madrid bukanlah perkara baru. Tetapi kali ini ia seperti bakal menjadi kenyataan.

Laporan asal mengenai masa depan Navas adalah dari akhbar Jugones on La Sexta, sebelum ianya disahkan oleh MARCA.

(Photo by Ira L. Black/Corbis via Getty Images)

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane dilaporkan sudah memaklumkan perkhabaran tersebut kepada penjaga gol itu pada minggu lalu.

Penjaga gol Costa Rica itu dikatakan bersedih dengan perkembangan ini kerana yakin beliau mampu memberikan saingan kepada Thibaut Courtois yang turut diumumkan sebagai penjaga gol No.1 Real Madrid.

Pelbagai teori

Pelbagai teori mengenai mengapa Navas telah ditunjukkan pintu keluar di Santiagi Bernabeu oleh Zidane.

Menurut Marca, tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh beliau kerana ia adalah situasi yang telah ditentukan oleh ahli lembaga pengarah kelab.

Madrid dikatakan mahu Courtois beraksi lebih kerap, dan Navas harus meninggalkan pasukan itu. Ini bermakna perlawanan menentang Real Betis pada Ahad akan datang adalah perlawanan terakhir buat Navas sekiranya diturunkan untuk beraksi oleh Zidane.


Ia adalah konspirasi teori yang sukar dibuktikan, namun Graham Writer pernah mendedahkan melalui ESPN, bagaimana Zidane tidak mempunyai persefahaman dengan Presiden, Florentino Perez berkaitan dengan pemain di posisi penjaga gol sebelum ini.

Keylor Navas telah memenangi tiga kejuaraan UEFA Champions League, satu kejuaraan La Liga, tiga Piala Dunia Kelab, dan juga tiga Piala Super Eropah sepanjang bersama Real Madrid.

Tidak boleh disangkal lagi bahawa Navas adalah antara penjaga gol terbaik yang pernah dimiliki oleh Real Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN