Quantcast

BERITA

Ronaldo: Saya Bukan Robot, Semua Orang Tunggu Masa Kami Kalah Untuk Salahkan Saya

Cristiano Ronaldo menegaskan bahawa dirinya bukan sebuah robot yang tidak pernah penat, dan tidak memiliki perasaan.

Ketika ditemubual wartawan akhbar La Repubblica, Ronaldo menjawab persoalan yang diajukan kepadannya – bagaimana rasa ketika kehidupan anda sentiasa diawasi oleh banyak pihak secara terperinci dalam setiap saat.

Secara jujurnya, pemenang Ballon d’Or lima kali berkata bahawa perkara seperti itu sebenarnya tidak selesa bagi dirinya.

Namun, beliau memberitahu yang dia sudah biasa berdepan dengan situasi itu mahupun dirinya dijadikan sasaran kutukan dari orang ramai.

ROME, ITALY – MAY 12: Juventus player Cristiano Ronaldo during the Serie A match between AS Roma and Juventus at Stadio Olimpico on May 12, 2019 in Rome, Italy. (Photo by Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images)

“Saya tidak berfikir orang percaya saya ini adalah robot, tetapi mereka melihat saya sebagai seseorang yang tidak pernah memiliki masalah, tidak pernah merasa sedih, tidak pernah memiliki kerisauan. Orang melihat saya ini cuma kejayaan, kegembiraan dengan wang. ‘Bagaimana ia boleh sedih atau mengalami situasi itu jika ia bergelar seorang jutawan? “

Sebaik bergelar pemain profesional, tiada pemain yang mampu lari daripada teguran sekiranya gagal membantu pasukan mencapai matlamat, apatah lagi jika pemain tersebut bergelar sebagai pemain terbaik di dunia.

Bagi bintang Juventus itu, beliau tidak kisah jika ada pihak yang cuba mengkritik kemampuannya atau mengutuk setiap kegagalan yang dihadapi kerana beliau berpendapat, dunia sudah mengenali siapakah ‘Cristiano Ronaldo’ dan tahu apakah hasil dari pengorbanan yang telah disumbangkan kepada kelab-kelab yang pernah diwakilinya.

“Anda harus faham bahwa tidak semua orang sama, mereka masih mengalami hal-hal tertentu. Tetapi saya faham itu. Saya tahu bahawa ada orang sedang menunggu dengan senapang [kutukan] jika saya gagal menyempurnakan penalti atau gagal dalam sesebuah pertandingan,” ujarnya.

“Tetapi itu adalah sebahagian dari kehidupan dan saya harus bersiap sedia untuk menerimanya. Saya juga sudah siap sedia untuk berdepan hal ini selama bertahun-tahun.”

Cristiano Ronaldo during the Italian Serie A football match between A.S. Roma and Juventus at the Olympic Stadium in Rome, on may 12, 2019. (Photo by Silvia Lore/NurPhoto via Getty Images)

Penat

Ronaldo yang kini sudah menjangkau usia 34 tahun kemudiannya ditanya, apakah dirinya tidak merasa penat berdepan perkara-perkara seperti ini.

Beliau berkata, “Saya tidak menafikan bahawa kadang-kadang ia menganggu saya dan saya letih kerana setiap tahun saya perlu membuktikan diri saya masih kuat. Itu Susah.”

Katanya lagi, “Anda juga perlu mengambil kira tekanan tambahan kerana anda perlu membuktikan sesuatu kepada orang lain, bukan hanya diri sendiri. Dan kepada orang-orang di sekeliling kamu.”

“Untuk keluarga, untuk ibu, dan untuk anak pula. Mereka berkata: ‘Cris, esok anda harus menang’. Anda perlu berlatih terus menerus, tetapi tiba satu ketika anda perlu berkata: ‘Dengar, tinggalkan diri saya sendiri’,” keluh Ronaldo.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!