Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir dipuji kerana berjaya mendapatkan calon pemain warisan baharu untuk memperkukuhkan Sang Garuda pada aksi antarabangsa akan datang.
Penglibatan Erick bersama PSSI jelas sangat menyerlah kini selepas tampil dengan sangat menyakinkan daripada segi persiapan Indonesia bagi segala peringkat umur untuk tampil lebih baik.
Terbaharu, Erick berjaya mendapatkan pemain warisan baharu menerusi pemantauan dibuat bersama pihak pengurusan PSSI lain dari Belanda, Jay Idzes yang beraksi di posisi pertahanan tengah.
Selamat datang di Indonesia, Jay Idzes! 🇮🇩
Saat ini Jay bermain di Liga Italia, Venezia. Jay punya komitmen yang sama untuk membangun Timnas menjadi lebih baik. Bersama-sama kita ingin membawa Garuda Mendunia!#KitaGaruda pic.twitter.com/FzSjAl7iub— Erick Thohir (@erickthohir) September 6, 2023
Menurut anggota EXCO PSSI iaitu Arya Sinulingga, beliau yakin kehadiran Jay mampu memberi impak terbaik buat skuad kebangsaan Indonesia selaku tonggak warisan terbaharu.
Malah, Erick sendiri dilaporkan telah bertemu dengan Jay untuk membincangkan perjalanan karier pemain tersebut pada masa hadapan bersama Indonesia.
“Ini membuktikan jika Erick yang memilih pemain, pastinya ia sangat berkualiti dan beliau tidak membuat kerja dengan sembarangan untuk membantu pasukan negara.
“Erick pernah menyatakan ciri pemain warisan yang diinginkan beliau merupakan ‘Gred A’ dan paling penting beraksi di pentas Eropah dengan aksi yang cukup kompetitif,” jelas Arya menerusi Bola.com.
Ketika ini, Jay beraksi dalam saingan Serie B di Itali bersama Venezia dan sudah pun menjalani proses untuk didaftarkan selaku warganegara Indonesia.
Musim lalu, pemain ini beraksi di pentas tertinggi Belanda iaitu Eredivisie untuk mewakili Go Ahead Eagles serta diberi peranan penting untk bermain dalam kesebelasan utama.
Indonesia menjadi antara negara Asia Tenggara yang kini sangat aktif mendaftarkan pemain warisan untuk menambah kekuatan semasa mereka di segenap posisi.
Kemasukan Jay Idzes dijangka mampu menambah sengat di posisi pertahanan Indonesia kerana kini mereka dalam tempoh persediaan untuk menghadapi Piala Asia tahun hadapan.
🚨 BREAKING 🚨
Bek kewarganegaraan Belanda, Jay Idzes (23) hari ini (6/9) telah tiba di Indonesia dan bertemu dengan ketua umum PSSI, Bpk. Erick Thohir.
Jay Idzes saat ini bermain untuk klub Italia, 🇮🇹Venezia (2nd tier)
👀🇮🇩⁉️ pic.twitter.com/CLY81FQJsI
— . (@Indostransfer) September 6, 2023
Tetapi, pengurusan Indonesia sendiri belum mengesahkan jika Jay mampu melepasi proses pendaftaran dengan lebih cepat sebelum saingan tersebut bermula.
Jika segalanya berjalan lancar, Jay berkemungkinan besar akan disenaraikan selaku pertahanan tengah Indonesia untuk berpasangan bersama bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Jordi Amat.