2 Bekas Pemain EPL Perkukuh China Untuk Berdepan Malaysia

Malaysia bakal meneruskan aksi seterusnya dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Chengdu, dengan membuat perhitungan menentang China pada hari esok.

Untuk rekod, China merupakan salah satu pasukan yang berada di ranking lebih tinggi berbanding Malaysia, serta antara gergasi Asia mempunyai kekuatan tersendiri dalam saingan bola sepak.

Selepas tampil cemerlang mengikat Syria sebelum itu menerusi keputusan 2-2, pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan-gon menyatakan beberapa perubahan taktikal akan dibuat untuk hadir dengan cabaran berbeza menentang tuan rumah.

“Kami mahu menguji beberapa taktikal untuk berdepan lawan yang berada di kedudukan ranking lebih tinggi, jadi kami mahu tahu tahap semasa Malaysia dengan tampil lebih agresif serta menyudahkan setiap peluang terhidang,” ujar Kim.

Pastinya Kim menyedari lawan mereka seterusnya juga tidak boleh diambil mudah dan itu merupakan satu lagi peluang keemasan Malaysia untuk mengutip mata bagi memperbaiki ranking semasa.

Walaupun begitu, dilaporkan juga China bakal hadir dengan barisan terbaik mereka dengan menyenaraikan tiga pemain naturalisasi yang mempunyai reputasi besar dalam dunia bola sepak.

Malah, dua daripada pemain naturalisasi tersebut juga sebelum ini pernah beraksi dalam saingan English Premier League (EPL) untuk mewakili beberapa kelab ternama.

Tiga pemain yang dipanggil kali ini untuk aksi persahabatan bertemu Malaysia ialah Tyias Browning yang beraksi di posisi pertahanan tengah, Elkeson (penyerang), serta Nico Yennaris (tengah bertahan).

Tyias Browning

Tyias Browning atau kini dikenali sebagai Jiang Guangtai sebelum ini mempunyai kerakyatan England pernah beraksi bersama Everton, Wigan Athletic, Preston North End, Sunderland, sebelum berhijrah ke China untuk menyertai Guangzhou serta terbaharu Shanghai Port.

Pada awal karier, Tyias juga telah mewakili skuad remaja England untuk pelbagai kategori usia sebelum membuat penampilan rasmi selaku pemain China pada tahun 2021.

Elkeson

Elkeson atau kini dikenali sebagai Ai Kesen pula merupakan pemain kelahiran Brazil yang boleh beraksi selaku pemain tengah menyerang atau sebagai penyerang utama.

Pernah dipanggil bekas pengendali Brazil iaitu Mano Menezes pada tahun 2011 untuk menyertai pasukan tersebut, namun beliau tidak mencipta sebarang penampilan bersama negara kelahirannya.

Pada tahun 2019, Ai Kesen menjadi pemain naturalisasi pertama China yang tidak mempunyai perkaitan dengan negara tersebut dan tahun ini sudah pun merekodkan satu gol ketika mereka bertemu Myanmar.

Nico Yennaris

Nico Yennaris atau kini nama terbaharu beliau, Li Ke merupakan salah seorang pemain yang pernah mewakili Arsenal pada tahun 2011 sebelum dipinjamkan kepada Notts County, Bournemouth serta menyertai Brentford secara kekal sehingga tahun 2019.

Seperti Tyias, pemain ini juga pernah beraksi bersama skuad remaja England sebelum itu serta meraih beberapa kejuaraan sebelum sah menyertai China pada tahun 2019 secara status naturalisasi.

Nico yang berperanan selaku pemain tengah bertahan dijangka bakal diturunkan pada aksi seterusnya bertemu Malaysia untuk mengekang setiap pergerakan dicipta oleh pasukan pelawat di posisi tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN