Ketum PSSI: “Boleh Pindah Dari Eropah Ke Johor, Itu Luar Biasa”

Ketum PSSI Mochamad Iriawan Indonesia

Ketua Umum (Ketum) Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Mochamad Iriawan dilihat memuji Liga Malaysia dengan kenyataan yang sebenarnya dilihat berbunyi agak sinikal dan berbentuk sinis sebenarnya.

Iriawan atau lebih mesra disapa Iwan Bule dikatakan mengeluarkan kata-kata itu saat berada di Kuala Lumpur bagi menyaksikan perlawanan kedua Indonesia di Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 menentang Brunei.

Indonesia berhasil untuk merekodkan kemenangan besar apabila telah menewaskan Brunei 7-0 di Stadium KLFA, Cheras, sebentar tadi.

Mungkin beliau memang memuji standard Liga Malaysia yang dilihat lebih baik, tetapi membandingkan dengan Eropah, ia tampak agak berlebihan.

Terdapat dua pemain ‘Sang Garuda’ yang beraksi di Malaysia iaitu Saddil Ramdani bersama Sabah FC dan Jordi Amat di Johor Darul Ta’zim (JDT). Dan Iwan Bule tiada masalah kedua-duanya untuk berkarier di sini.

Saya fikir, kita tahu pertandingan Liga Malaysia adalah bagus. Saya suka kalau mereka [pemain Indonesia] boleh bermain di sana,” ungkapnya dalam satu temu ramah bersama portal tempatan, HarimauMalaya.com.

Kita ada seorang pemain di Sabah, Saddil Ramdani. Kita juga bangga ada pemain skuad kebangsaan kita yang main di Johor [JDT], itu luar biasa. Boleh pindah dari Eropah ke Johor. Ini bermaksud, memang Liga Malaysia cukup bagus,” tambah Iwan Bule mengenai betapa luar biasanya situasi Jordi.

Jordi berhijrah dari K.A.S. Eupen yang bersaingan di Belgian First Divison A ke JDT pada Jun 2022. Beliau pernah beraksi bersama Espanyol, Real Betis dan Swansea City menjadikannya perpindahan yang menarik perhatian.

JDT sememangnya tidak pernah sunyi daripada kehadiran pemain-pemain yang pernah beraksi di kelab Eropah sebelum ini antaranya Pablo Aimar.

Dan apa yang menarik, kenyataannya ini dilihat seperti membayangkan satu lagi perpindahan yang bakal direalisasikan oleh JDT – dari Eropah ke Liga Malaysia. Namun, ia sedikit berlainan apabila pemain kacukan Malaysia-Belgium, Dion Cools bakal terlebih dahulu singgah ke Thai League.

Cools dikatakan akan menyertai Buriram United pada Januari depan dari kelabnya yang sedang bersaing di Czech First League, FK Jablonec.

Dan mungkin ini menjadi pusat transit terakhirnya sebelum menyertai JDT seperti yang dimaklumkan oleh pemilik pasukan, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ), sebelum ini, “Jumpa anda di Johor.

‘Dari Eropah ke Johor, itu luar biasa’ – mungkin kenyataan yang dianggap mengangkat atau boleh ditafsir sebagai sinis daripada musuh serumpun kita, Indonesia. Hanya Ketum PSSI tahu apa yang cuba disampaikannya.

Perbandingan Eropah dan Johor tampak sedikit berlebihan. Jika ia satu pujian, mungkin ucapan terima kasih perlu diberikan kepadanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN