Lokasi ‘Singgah Sebentar’ Dion Cools Dipercayai Thai League?

Pertahanan kental negara, Dion Cools dilaporkan mungkin akan menyertai saingan Liga Thailand untuk musim hadapan selepas kontrak beliau bersama FK Jablonec akan tamat pada penghujung musim ini.

Perkara tersebut dilaporkan sendiri menerusi salah satu laman sukan di Thailand iaitu One Man Show dengan memaparkan gambar Cools semalam.

Menurut komen netizen Thailand pada gambar tersebut, mereka menyatakan Cools berkemungkinan besar akan sertai salah satu pasukan gergasi di sana iaitu Buriram United.

Seperti diakui, Cools merupakan salah satu tonggak pertahanan negara yang berkualiti dan memberi impak sangat besar dalam kem kebangsaan, sejak penyertaan beliau pada tahun lalu.

Tampil konsisten selaku pertahanan tengah dan kanan, Cools juga langsung tidak kekok untuk membantu barisan serangan negara menerusi hantaran lintang serta mampu mencipta percubaan berbahaya.

Malah, pemain berusia 26 tahun ini juga menjadi salah satu watak penting yang membawa negara beraksi di pentas Piala Asia 2023 secara merit pada pertengahan tahun ini.

Mempunyai rekod beraksi di beberapa kelab gergasi Eropah, khidmat Cools pastinya kini sedang dipantau pasukan-pasukan Asia Tenggara untuk dibawa masuk.

Salah satu pasukan terawal yang menunjukkan minat kepada Cools ialah Johor Darul Ta’zim (JDT), selepas pemilik kelab tersebut iaitu Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) memberi bayangan untuk membawa masuk pemain tersebut musim hadapan.

Untuk rekod Cools bersama FK Jablonec di Czech Republic, pemain tersebut sudah pun meledak satu gol serta mencipta satu bantuan jaringan, walaupun tampil selaku tonggak pertahanan.

Aksi Cools juga jelas sangat konsisten, selepas beliau sering menjadi tunjang utama untuk tersenarai dalam kesebelasan utama bersama FK Jablonec.

Jika benar Cools akan sertai Buriram United, ia akan menjadi suatu pertemuan yang unik membabitkan beliau bersama penyerang kebangsaan iaitu Safawi Rasid.

Safawi sebelum ini juga sudah mengesahkan diri beliau akan bersama Ratchaburi FC secara pinjaman daripada JDT bersama seorang lagi pemain import Moussa Sidibe.

Untuk aksi Piala AFF 2022 yang sudah pin berlangsung kini, aksi Cools tidak dapat dilihat selepas pemain tersebut terpaksa menolak panggilan negara kerana urusan peribadi.

Persoalannya, adakah urusan peribadi yang dimaksudkan Cools itu mengenai persiapan semasa beliau untuk menyertai Buriram pada tahun hadapan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN