Ketajaman Hadi Fayyadh Ditagih Untuk Perkukuh Serangan PDRM

Penyerang muda negara, Hadi Fayyadh secara rasminya kini bergelar pemain baharu buat PDRM pada jendela perpindahan kedua musim ini dalam saingan Liga Super 2023.

Menurut laporan dikeluarkan oleh Fadhirul Shuhaimi, Fayyadh telah pun dipinjamkan oleh Perak kepada PDRM kali ini dan kekal sehingga penghujung musim.

“PDRM FC difahamkan berjaya dapatkan khidmat penyerang Perak FC, Hadi Fayyadh secara pinjaman hingga akhir musim 2023.

“Hadi turut kelihatan sudah sertai sesi latihan Sang Saka Biru di bawah kendalian, Eddy Gapil,” jelas Fadhirul menerusi Twitter.

Malah, pengumuman secara rasmi juga turut dibuat PDRM semalam dengan menyatakan ketibaan Hadi untuk memperkukuhkan jentera serangan Sang Saka Biru.

Beberapa hari lalu, timbul kenyataan yang menyatakan PDRM berminat untuk mendapatkan khidmat Hadi secara pinjaman sebelum kini ia telah pun disahkan.

Ia menjadi musim pertama buat Hadi sebenarnya dalam saingan Liga Super, selepas bellau berkelana selama beberapa tahun di Jepun bersama Fagiano Okayama serta Azul Claro Numazu sebelum menyertai Perak.

Hadi yang menyerlah ketika mewakili Frenz United pada awal karier tidak menunggu masa lama untuk menarik minat Johor Darul Ta’zim menandatangani khidmat beliau.

Walaupun begitu, prestasi Hadi pada musim ini tidak begitu memberansangkan bersama Perak sehingga beliau terpaksa beraksi dalam saingan Piala MFL bersama barisan pemain muda lain.

Dengan penyertaan Hadi bersama PDRM, dijangka beliau bakal mendapat lebih bangak ruang untuk beraksi kerana pasukan tersebut tidak begitu sengit dalam persaingan di posisi serangan.

Menerusi ketinggian dimiliki Hadi, dijangka PDRM bakal meletakkan beliau selaku ‘target man’ dalam usaha pasukan tersebut untuk memperkukuhkan jentera serangan yang dilihat sedikit goyah musim ini.

Salah satu perkara menarik mengenai penyertaan Hadi bersama PDRM ialah, beliau bakal beraksi bersama abangnya iaitu Aqil Abdul Razak yang beraksi selaku penjaga gol pasukan tersebut.

Untuk rekod, PDRM kini berada di tangga kelapan Liga Super menerusi tujuh kemenangan serta dua kali seri untuk mengumpul 23 mata secara keseluruhan dan boleh dianggap sangat bagus selaku pencabar baharu musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN