Salah satu kelab paling berpengaruh di Indonesia, Arema FC secara rasminya sudah pun menandatangani pemain import baharu mereka untuk slot Asia Tenggara dan sudah pun diperkenalkan sejak semalam.
Pemain yang dimaksudkan itu ialah Julian Schwarzer yang beraksi di posisi penjaga gol untuk memperkukuhkan Arema pada musim ini dalam saingan Liga 1 Indonesia.
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ญ๐๐ง๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐๐ง ๐๐๐ก๐ฐ๐๐ซ๐ณ๐๐ซ๐ฆ
Ayo berjuang bersama Arema FC!โ๐#BismillahBangkit #aremafc #aremania #salamsatujiwa#welcomewelcome pic.twitter.com/zfN55XvRuO
— Arema FC (@AremafcOfficial) July 20, 2023
Sebelum itu, Schwarzer pernah membuat kemunculan pertama beliau dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk menyertai pencabar baharu, Kuching City sebelum dilepaskan pada pertengahan musim.
Schwarzer yang pernah beraksi dalam beberapa perlawanan bersama Kuching City menjadi antara pemain yang dilepaskan kelab tersebut, sebelum ditandatangani oleh Arema.
โArema FC secara rasminya mengikat kontrak Julian Schwarzer Garcia iaitu penjaga gol kelahiran Filipina untuk musim ini.
โSemoga kehadiran Schwarzer mampu menjulang prestasi Arema FC untuk tampil lebih baik pada saingan musim ini,โ jelas pengurus kelab tersebut iaitu Wiebie Dwi Andriyas menerusi Bola.com.
Sebelum itu, Arema dilaporkan bakal mendapatkan khidmat penjaga gol import dari Thailand, sebelum ianya dibatalkan untuk mereka menandatangani khidmat Schwarzer.
Untuk rekod, Schwarzer merupakan anak kepada penjaga gol legenda Australia iaitu Mark Schwarzer dan cukup dikenali para penyokong bola sepak di seluruh dunia.
Menerusi pengalaman dimiliki Schwarzer yang pernah beraksi bersama Fulham pada awal karier, pastinya pasukan tersebut mengharapkan agar gawang gol mereka mampu tampil lebih baik selepas ini.
Daripada tiga perlawanan dihadapi Arema ketika ini, pasukan tersebut sudah pun dibolosi sembilan jaringan serta masih gagal untuk mendapatkan kemenangan sulung mereka.
Schwarzer is blue ๐ฆ๐
Let's work together ๐ฅ#BismillahBangkit #aremafc #aremania #salamsatujiwa#welcomewelcome pic.twitter.com/0xXoBHM6Yh
— Arema FC (@AremafcOfficial) July 20, 2023
Aksi seterusnya menyaksikan pasukan tersebut bakal berdepan cabaran Bali United dalam misi Arema untuk mendapatkan kemenangan sulung mereka musim ini di gelanggang lawan.
Schwarzer dilaporkan sudah pun mengikuti sesi latihan bersama kelab tersebut dan berkemungkinan akan mencipta penampilan sulung beliau bersama Arema selaku penjaga gol baharu.
Pasukan tersebut pastinya tidak rela untuk mencatat kekalahan dan tiga mata permata mereka kini diburu untuk kembali memperbaiki kedudukan carta liga pada musim ini.