Zinedine Zidane sekali lagi berhadapan kritikan berkaitan posisinya selaku pengurus Real Madrid selepas kekalahan mengejutkan dalam perlawanan Copa del Rey pada pagi ini.
Selepas tewas perlawanan Super Cup sebelum ini, kali ini Los Blancos kendalian Zidane dimalukan pula oleh kelab divisyen ketiga Sepanyol Alcoyano.
Apa yang nyata, sentuhan Zidane buat kali kedua bersama Real Madrid tidak lagi sama. Magisnya ibarat hilang, keputusan perlawanan juga seing kali mengecewakan.
Kelab seperti Real Madrid amat sinonim dengan kejayaan dan prestij. Apakah yang Zidane telah lakukan sehingga Real Madrid ibarat terhumban ke lembah kehinaan?
Patutkah Zidane dipecat?
Sehingga kini Zidane telah memberikan Real Madrid 11 kejuaraan, termasuk tiga Champions League dan dua gelaran La Liga Santander.
Tetapi satu perkara yang pasti ialah tiada kemaafan buat Zidane sekiranya Real Madrid terhumban ke pertandingan Europa League pada musim ini. Mujur ianya tidak berlaku.
Tetapi kedudukan di La Liga agak membimbangkan. Los Blancos kini berada empat mata di belakang Atletico Madrid. Namun seteru setempat mereka itu juga memiliki kelebihan dua perlawanan di dalam tangan.
Zidane’s first stint as Real Madrid manager:
16 losses in 149 games
Zidane’s second stint as Real Madrid manager:
17 losses in 87 games
Something's missing 🤔 pic.twitter.com/hCoFoBARTC
— ESPN FC (@ESPNFC) January 14, 2021
Dan selepas tersingkir dari Copa del Rey dengan cara sebegini, ia seolah-olah memberi isyarat membimbangkan. Mampukah Zidane terus membimbing Real Madrid untuk memburu kejayaan di La Liga dan Champions League pada musim ini?
Penting untuk kita menyedari kebanyakkan masalah yang dihadapi oleh Real Madrid adalah kerana perbuatan Zidane sendiri, walaupun jika beliau masih mendapat sokongan barisan pemain dan pengurusan tertinggi kelab.
1. Kesebelasan utama yang mengelirukan
Kecenderungan menukar kesebelasan utama pemain agak mengejutkan jika dibandingkan dengan tempoh kali perama beliau mengendalikan Los Blancos.
Sepanjang 2020, tiada kesebelasan utama Real Madrid yang dianggap sebagai barisan terbaik. Kini rotasi pemain menjadi lebih kerap membabitkan pemain utama seperti Toni Kroos.
https://twitter.com/iamvb7/status/1331721116172361740
Perkara sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini.
Alasan Zidane ialah supaya setiap pemain memperolehi peluang dan minit untuk beraksi dalam kalendar bola sepak yang singkat. Malang sekali strategi tersebut tidak membuahkan hasil dan hanya menghasilkan skuad Real Madrid yang tidak seimbang.
2. Tetap pertaruh pemain gagal menyerlah
Tajap keyakinan dan kepercayaan Zidane terhadap Marcelo jelas sekali bertentangan dengan kemampuan pemain itu. Statistik sendiri membuktikan pemain itu gagal memberikan sumbangan setiap kali diturunkan.
Tidak dinafikan Marcelo yang juga merupakan pembantu kapten telah memberikan banyak sumbangan kepada pasukan pada musim-musim sebelum ini.
https://twitter.com/TotalOdegaard/status/1333374611447291905
Namun kerana usia, prestasi Marcelo tidak lagi sama seperti 4-5 tahun yang lalu.
Isco pula hanya mempunyai peluang yang sedikit, dan masih menampilkan prestasi yang lemah. Lucas Vazquez mungkin mulai menunjukkan respon positif terhadap keyakinan oleh Zidane terhadap dirinya.
3. Transfer requests
Difahamkan Zidane sentiasa mendesak Florentino Perez untuk mendapatkan Paul Pogba dari Manchester United.
Sebenarnya beliau tidak pernah berbuat demikian. Tetapi dalam pasukan sedia ada, terdapat juga pemain yang Zidane sendiri sudah tidak inginkan.
https://twitter.com/Izu_fcb/status/1332801087913545729
Luka Jovic adalah contoh jelas. Pemain itu akhirnya kembali ke kelab lamanya. Manakala Eden Hazard sentiasa memberikan masalah dengan tahap kecergasan. Lagi pelik untuk melihat Ferland Mendy perlu berebut tempat dengan Marcelo yang sering kali gagal.
Pogba pula kini cemerlang dan berada di prestasi terbaik bersama Manchester United. Harus diingat, pada ketika tulisan ini ditulis jendela perpindahan Januari masih dibuka. Namun sehingga kini, tiada tanda-tanda Pogba akan ke Madrid.
4. Pemain muda berkualiti dilepaskan
Zidane berterusan enggan memberikan komitmen kepada pemain yang cemerlang beraksi di luar Real Madrid. Sukar untuk memahami sebabnya. Atau pun ia kerana Zidane mendahulukan ego?
Dani Ceballos tipped to lead #RealMadrid exits this summer, say Marca, with Marcos Llorente and Sergio Reguilon also set to leave https://t.co/H1oLLTwc0i pic.twitter.com/jmaRQR8SVZ
— Football España (@footballespana_) April 23, 2019
Marcos Llorente, Sergio Reguilon dan Achraf Hakimi adalah tiga pemain yang dimaksudkan.
5. Taktikal lapuk dan statik Zidane
Sukar untuk berkata Zidane telah menukar sistem permainanya pada hari ini berbanding lima tahun lalu.
Buat masa ini ia nampak sama sahaja. Sebelum ini sistem yang sama telah terbukti untuk membantu beliau memenangi 11 kejuaraan.
Tetapi bola sepak adalah sukan yang berevolusi dari segi taktikal. Jika pendekatan lama diguna pakai, maka sudah pasti pasukan juga akan statik atau tidak akan maju ke hadapan.
Zinedine zidane. No formation. No tactic. Just vibes. pic.twitter.com/2WjYNmBnaS
— Lefty (@CFCLefty) December 1, 2020
Tetapi logik dan jelas, hari ini keputusannya sudah tidak sama dan set pemain juga berbeza.
Faktor usia pemain juga adalah salah satu punca. Pemain yang biasa menjadi sandaran sudah meningkat usia. Sepatutnya fokus taktikal oleh Zidane kini haruslah bertujuan menampilkan gaya permainan baharu – dengan set pemain yang baharu.
Rumusan
Secara keseluruhannya ada lima dosa-dosa Zinedine Zidane yang membuatkan ramai Madridista kecewa.
Khabarnya pengganti sudah tersedia buat Zidane jika dipecat. Jurulatih skuad Castilla, Raul adalah antaranya selain daripada bekas pengendali PSG, Thomas Tuchel.
Pada pendapat anda, mampukah Zidane memadam kekhilafan dan menyelamatkan kedudukan dirinya bersama Real Madrid kali ini. Perlawanan-perlawanan seterusnya akan jadi penentu. Atau masihkah ada peluang?
Baca artikel-artikel menarik kami yang lain di bawah:
Siapakah 5 Pengurus Termuda Di Premier League Musim 2020/21?
10 Perpindahan Bosman Rule Paling Berbaloi Sejak Diperkenalkan 25 Tahun Lalu
Kisah Sir Alex Tampil Dalam Rancangan ‘Who Wants To Be A Millionaire’ Yang Beliau Sesali