Gary Neville Memberitahu Apa Kesilapan David Ospina Dengan Bantuan Jamie Carragher

Berhati-hati penyokong Arsenal. Ini mungkin berita yang anda tidak mahu dengar: David Ospina yang anda rasa lebih bagus daripada Wojciech Szczesny adalah punca kekalahan 0-1 Arsenal kepada Swansea, menurut Gary Neville.

Dalam analisis selepas perlawanan Arsenal vs Swansea, Gary Neville menunjukkan 2 kesilapan yang dilakukan Ospina ketika penyerang gantian Swansea, Bafitimbi Gomis menanduk masuk gol kemenangan Swansea.

Menurut Neville, kesilapan David Ospina yang pertama adalah posisinya ketika Jefferson Montero membuat hantaran lintang.

Neville berpendapat Ospina tidak perlu terlalu ke mara ke kanannya ketika hantaran lintang Montero dilakukan. Ini menyebabkan Ospina perlu menutup ruang yang sangat besar di sebelah kirinya.

Beliau berpendapat posisi ideal bagi Ospina dalam situasi tersebut adalah seperti yang tertera dalam bulatan gambar di bawah.

ospinamistakes1-compressed

Dan kesilapan David Ospina yang kedua adalah penggunaan tangan yang salah untuk menyelamatkan gol. Dengan bantuan Jamie Carragher, Neville memberi penjelasan Ospina boleh menepis percubaan Gomis jika beliau menepis menggunakan tangan kirinya sahaja.

lfz37

Sebaliknya Ospina menggunakan kedua-dua tangannya untuk menepis percubaan tersebut. Ini menyebabkan jangkauan tangan beliau semakin berkurangan berbanding jika beliau menggunakan tangan kirinya sahaja.

lfz9g

Lihat reaksi Carragher ketika Neville menggunakan mukanya sebagai alat bantuan mengajar!

ospinamistakes2-compressed

Lihat video analisis penuh Gary Neville terhadap kesilapan David Ospina selepas kekalahan 0-1 Arsenal kepada Swansea (dalam English).

Baca juga: 5 Lagu Arsenal (Chants) Yang Wajib Anda Hafal Jika Anda Penyokong Arsenal

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN