Kerana Tumbuk Booth VAR, Gabriel Jesus Didenda Dan Digantung 2 Bulan

Pemain antarabangsa Brazil, Gabriel Jesus telah dikenakan penggantungan selama 2 bulan oleh CONMEBOL gara-gara tindakannya menumbuk booth VAR pada aksi final Copa America 2019.

Gabriel Jesus ketika itu berang kerana dibuang padang telah melepaskan amarahnya dengan menumbuk dan menolak booth VAR sebagai protes kepada pengadil dari Chile, Roberto Tobar yang melayangkan beliau kad kuning kedua.

Jesus turut menangis di terowong kerana terlalu kecewa dengan tindakan pengadil tersebut yang disifatkan beliau tidak boleh diterima.

https://twitter.com/i/status/1147997686882295808

CONMEBOL menjatuhkan hukuman itu berdasarkan kesalahan tingkah laku pemain.

Dalam kenyataan mereka pada Rabu lalu, CONMEBOL berkata: “Jesus telah melanggar Perkara 7.1 dan 7.2 Peraturan Tatatertib untuk “bertindak dengan cara yang menyinggung perasaan, menghina atau memfitnah”.

Gabriel Jesus juga didenda $30,000, dan terlepas aksi persahabatan menentang Colombia dan Peru pada bulan September nanti. Pemain itu memiliki 7 hari untuk melakukan rayuan di atas hukuman tersebut.

Berita itu pastinya berita buruk untuk Tite yang menjadikan Gabriel Jesus sebagai pemain penting beliau. Sebaliknya untuk Guardiola beliau pastinya tiada masalah.

Ini kerana beliau boleh menggunakan Gabriel Jesus dalam menghadapi jadual yang padat. City ketika ini hanya ada Sergio Aguero sebagai no.9 tulen selain daripada Jesus.

Ini ditambah dengan rekod kecederaan Gabriel Jesus yang membuatkan Guardiola sangat berhati-hati menggunakan pemain itu.

Sementara itu, juara Copa America Brazil turut didenda $15,000 dan amaran untuk tingkah laku penyokong mereka di dalam kejohanan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN