Quantcast

KOMUNITI

KL City League: BOSS FC Sekat Hajat Pirates FC Juara Liga Lebih Awal

Drama yang tak diduga terhasil pada minggu kedua terakhir KL City League iaitu pada minggu ke-8.

Pendahulu liga, Pirates FC berpeluang untuk mengesahkan kejuaraan sulung KL City League menjadi milik mereka apabila bertemu BOSS FC.

Namun begitu, dalam perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol, jaringan terhasil hanya pada penghujung permainan.

Kedua-dua pasukan jelas tidak mampu untuk memecah pertahanan lawan masing-masing hingga terpaksa memerlukan detik kontroversi memisahkan mereka.

Sepakan percuma pantas yang diambil oleh BOSS FC  dari kawasan mereka terus ke penguasaan Ammar Shafiq di sayap kiri.

Beliau kemudiannya menewaskan pertahanan lawan untuk melakukan satu hantaran lintang rendah yang kemudiannya disambut oleh Mohd Hamizi.

Gol tunggal Hamizi itu cukup untuk memberikan 3 mata sekali gus menyekat hajat Pirates FC dalam misi mendapatkan kejuaraan.

Dalam perlawanan lain, pencabar terdekat iaitu Thai Selangor berjaya menumpaskan Rebel FC dengan jaringan besar 4-0.

Penyerang import mereka iaitu Kyambadde Rashid berjaya menyumbangkan hatrik dalam perlawanan tersebut.

Beliau meneruskan rekod cemerlang ketika menentang KTKSI apabila berjaya mendapatkan satu lagi hatrik dalam perlawanan ini.

Satu lagi gol disumbangkan oleh Mohd Nazihi.

Posted by Thai Selangor FC on Tuesday, 6 August 2019

Aksi pada Rabu menyaksikan KL Galaxy berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Expected Toulouse dengan jaringan 3-1.

Osuro Mannix menjaringkan gol pertama ketika separuh masa pertama memasuki masa kecederaan.

Ibanga Okuku menjaringkan 2 gol pada minit ke-38 dan juga ke-56 untuk mematerikan 3 mata buat mereka.

Wong Kah Heng kemudiannya menjaringkan gol saguhati buat Expected Toulouse di babak terakhir permainan.