10 Keputusan Kontroversi Pengadil Yang Berlaku Dalam Bola Sepak (Bahagian 1)

Dalam bola sepak, pasti akan terjadi pelbagai insiden-insiden pengadil melakukan keputusan kontroversi ketika memberikan keputusannya.

Oleh itu, jom kita lihat antara keputusan-keputusan paling kontroversi yang pernah dibuat oleh para pengadil.

Charles Corver (Perancis lawan Jerman – 1982)

Dalam aksi penting antara 2 calon juara kejohanan piala dunia, terdapat 1 insiden yang memusnahkan impian Perancis untuk menjadi juara.

Ketika dalam satu situasi perebutan bola, pertahanan Perancis Patrick Battiston telah mengalami perlanggaran oleh penjaga gol Jerman, Harald Schumacher.

Schumacher yang dikatakan mempunyai niat untuk mencederakan Battison dan bukannya mahu menangkap bola telah menyebabkan Battison terjatuh, hilang 3 gigi dan juga koma.

Battison diusung keluar dan Schumacher langsung TIDAK DIKENAKAN sebarang hukuman oleh pengadil, Charles Corver.

Jerman akhirnya mara ke perlawanan akhir menerusi sepakan penalti.

Dougie Smith (Rangers lawan Hibernian – 1995)

Kami boleh katakan insiden ini merupakan insiden yang malang bagi Paul Gascoigne.

Ketika perlawanan diantara Rangers dan Hibernian berlangsung, pengadil Dougie Smith yang sedang berlari terjatuhkan kad kuning miliknya.

Gascoigne yang menyedari hal ini kemudiannya berlari ke arah Smith untuk memulangkannya.

Dengan niat untuk berlawak, Gascoigne ‘melayangkan’ kad kuning kepada Smith ketika hendak memulangkangnya.

Namun tindakan itu dianggap serius oleh Smith, lalu beliau memberikan kad kuning kepada Gascoigne.

Rivaldo (Brazil lawan Turki – 2002)

Dalam insiden ini, ia bukanlah menfokuskan kepada pengadil. Tetapi kepada pemain yang berjaya memperdayakan pengadil perlawanan dengan taktiknya.

Dalam aksi penting Piala Dunia 2002, pemain Brazil sudah melakukan satu taktik yang sungguh licik untuk menyingkirkan lawannya.

Ketika beliau hendak mengambil sepakan percuma, Rivaldo yang sedang menanti di tempat sepakan penjuru menerima bola dari pemain Turki – Hakan Unsal.

Bola yang berada dihadapan Rivaldo tidaklah jauh, dan beliau boleh saja pergi dan kutip bola itu sendiri tanpa perlu bantuan Unsal. Tetapi mungkin mahu menggangu fokus pemain lawan, beliau tetap mahukan Unsal hantar bola itu kepadanya.

Unsal kemudiannya menyepak bola dengan agak kuat ke arah kaki Rivaldo, dan kemudiannya Rivaldo rebah dengan tangan menutup mukanya.

Beliau cuba berjaya memperdayakan pengadil dengan berbuat seperti bola itu seperti terkena muka beliau.

Hasilnya, Unsal dibuang padang dan Brazil mara ke perlawanan akhir Piala Dunia 2002.

Graham Poll (Australia lawan Croatia – 2006)

Graham Poll merupakan pengadil yang sering terbabit dengan masalah kontroversi ketika mengadili perlawanan bola sepak.

Ketika aksi penting diantara Australia dan Croatia di Piala Dunia 2006, Poll telah mencipta kontroversi apabila tidak membuang padang Josip Simunic walaupun beliau sudah dikenakan kad kuning pertama.

Apa beliau buat? Beliau sebaliknya memberikan kad kuning kedua TANPA kad merah dan Simunic bermain seperti biasa.

Simunic dibuang padang selepas beliau dikenakan kad kuning yang ketiga oleh Poll.

Dalam perlawanan ini juga, Poll terbabit dengan kontroversi tidak memberikan penalti Australia selepas insiden yang jelas mereka berhak diberikan sepakan penalti.

Jorge Larrionda (Jerman lawan England – 2010)

Ya kami tahu, ini merupakan insiden paling kontroversi melibatkan pengadil dalam bola sepak moden.

Permusuhan antara Jerman dan England tak boleh dinafikan lagi. Tetapi pada tahun 2010, Jorge Larrionda telah menambah pedas kepada permusuhan ini.

Jerman mendahului 2-0 ke atas England, namun England kembali apabila Matthew Upson memberikan gol untuk mengurangkan defisit perlawanan.

England semakin bersemangat untuk mengejar Jerman. Hinggalah saat Frank Lampard melakukan satu rembatan yang cukup deras ke pintu gol Jerman.

Bola itu terkena palang dan masuk, namun bola itu kembali ke dakapan Manuel Neuer lalu beliau terus memulakan semula permainan.

Semua orang terkejut dengan keputusan pengadil itu, kerana Lampard tahu gol itu sah, penonton tahu gol itu sah dan seluruh dunia tahu gol itu sah.

Tetapi Larrionda tidak tahu gol itu sah, lalu tidak menerima gol tersebut.

Jerman kemudiannya menang 4-1.

Baca juga: Ronaldo Il Fenomeno, Lagenda No. 9 Terbaik Sepanjang Zaman

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN