Kepercayaan Gareth Southgate Terhadap Foden & Greenwood Kini Hilang

mason greenwod phil foden gareth southgate

Tindakan dua pemain England, Phil Foden dan Mason Greenwood yang melanggar peraturan mengenai Covid-19 di Iceland jelas sekali mengundang padah.

Kedua-dua pemain muda tersebut disingkirkan dari skuad kebangsaan dan dihantar pulang. Lebih memeritkan, Foden dan Greenwood kini berhadapan dengan situasi dimana Gareth Southgate kini tidak lagi mempercayai mereka berdua.

Dan kata jurulatih itu, mereka perlu meraih semula kepercayaannya.

“Kepercayaan perlu dibina semula dan ianya akan mengambil masa. Seperti yang saya katakan kepada mereka, setiap tindakan pasti akan memberikan kesan.”

Pada hemat Southgate, tindakan yang dilakukan oleh dua pemain muda itu jelas sekali melanggar etika dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Saya tak faham yang pemain boleh menganggap itu merupakan satu tindakan yang munasabah.”

“Ianya mengelirukan saya, tetapi apa yang kita bualkan disini adalah mengenai pelanggaran peraturan mengenai Covid-19.”

Foden dan Greenwood didapati bersalah selepas membawa wanita masuk ke dalam hotel penginapan pasukan. Mereka turut didenda oleh pihak berkuasa Iceland kerana itu.

Kata Southgate, beliau tidak punya kompromi dalam kesalahan yang dilakukan sedemikian.

“Jelas sekali apa yang berlaku ini tidak kira sama ada ianya terjadi semasa musim Covid-19 atau tidak, kami tetap akan hantar pemain pulang.”

“Semua orang perlu faham yang kami tidak akan bertolenrasi dengan sebegitu di kem England.”

England merakamkan kemenangan ke atas Iceland dan seri menentang Denmark dalam saingan UEFA Nations League mereka.

Baca juga artikel kami mengenai Gareth Southgate:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN