Kenapa Sentuhan Aidil Sharin Sangat Diperlukan Kuching City?

Aidil Sharin Sahak secara rasminya kini kembali ke saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk menyertai pasukan baharunya iaitu Kuching City bagi menggantikan khidmat Irfan Bakti Abu Salim.

Nama Aidil Sharin sebenarnya tidak perlu diperkenalkan dengan lebih jauh kerana pengendali dari Singapura ini sudah pun mencipta sensasi tersendiri ketika menerajui Kedah Darul Aman (Kedah) sebelum itu selama empat musim.

Bersama Kedah, Aidil tidak mengambil masa yang lama untuk memberi trofi kejuaraan, selepas beliau berjaya membawa pasukan itu meraih Piala FA pada edisi 2019 untuk menewaskan Perak.

Malah, Aidil juga memastikan Kedah untuk kembali ke saingan antarabangsa iaitu dalam pusingan kelayakan ACL 2020, serta Piala AFC pada tahun lalu dengan menjadi juara peringkat kumpulan.

Bersama status tersebut yang sangat unggul, pastinya ia menjadi salah satu asbab utama mengapa Kuching City memasang tekad untuk mendapatkan khidmat Aidil kini untuk kembali melonjakkan nama baik kelab.

Salah satu faktor penting mengapa kehadiran Aidil dianggap cukup ideal bersama Kuching City pastinya kerana pengalaman dimiliki pengendali tersebut untuk memperbaiki kedudukan semasa mereka kembali baik.

Kuching City ketika ini tampil dengan rekod cukup tidak baik dalam persaingan Liga Super 2023, selepas mereka sekadar berada di tangga ke-13 daripada 14 pasukan bertanding menerusi satu kemenangan sahaja dilakar.

Tampil buat pertama kali dalam saingan Liga Super, ianya tidak mudah buat Kuching City untuk memberi impak cukup besar ketika berdepan pasukan lain walaupun ada rombakan dibuat pada beberapa posisi pemain.

Malah, lima perlawanan terakhir mereka juga kini menyaksikan Kuching City hanya mampu meraih satu mata sahaja ketika seri terikat 2-2 sewaktu berdepan Kelantan sebelum baki lagi empat aksi kelab tersebut merekodkan kekalahan.

Kehadiran Aidil kini dianggap sebagai suatu yang sangat penting untuk memperbaiki kembali struktur permainan pasukan dalam masa singkat serta melonjakkan kembali kedudukan semasa mereka.

Jika diikutkan pada rekod Aidil, ianya bukan sesuatu mustahil selepas pengendali tersebut pernah menjadikannya realiti sewaktu mengendali Persikabo 1973 di Indonesia pada pertengahan musim lalu.

Sewaktu bersama Persikabo, segalanya juga tampak tidak mudah selepas pasukan tersebut jelas tidak konsisten dan hampir terjerumus ke dasar liga sebelum ianya diperbaiki semula oleh Aidil.

Menerusi beberapa perlawanan dilalui Aidil, akhirnya pasukan itu berjaya mengalami beberapa perubahan positif serta menutup mulut penyokong yang pada mulanya tidak yakin dengan Aidil.

Maka, magis itu pastinya kini ditagih Aidil serta tekanan buat beliau juga dijangka tidak sehebat seperti dialami beliah ketika berada di Indonesia untuk memberi ruang kepada pengendali tersebut membuat perancangan tersendiri mengubah kembali Kuching City menjadi lebih baik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN