FAM Tolak Rayuan JDT Untuk Isu Bakar Suar Di Stadium

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah pun mengeluarkan kenyataan baharu mereka selepas mengadakan mesyuarat untuk kali keenam bagi penggal 2021-2025 semalam di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Hasil mesyuarat tersebut telah menyentuh isu denda penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sebelum ini membakar suar di stadium serta mengenai status hukuman kepada penyerang Selangor, Faisal Halim.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh CP (Bersara) Dato’ Sri Mohammad Mokhtar Mohamad Shariff selaku pengerusi jawatankuasa telah pun menyentuh empat kes musim ini yang berlaku dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Tiga kes pembakaran suar yang dilakukan oleh penyokong JDT sebelum ini Stadium Sultan Ibrahim dilaporkan kekal dengan denda sebanyak RM120,000 dan rayuan dibuat oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim telah pun ditolak.

Untuk itu, jumlah denda yang dikenakan kepada kelab tersebut dikekalkan tanpa menerima rayuan yang dibuat pasukan tersebut sebelum ini.

“Bagi tiga kes pertama iaitu membabitkan penyokong Johor Darul Ta’zim membakar suar, rayuan yang dikemukakan oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim telah ditolak, sekali gus hukuman denda berjumlah RM120,000 bagi ketiga-tiga kes berkenaan adalah dikekalkan,” jelas kenyataan tersebut menerusi laman rasmi FAM.

Sebelum itu, sekelompok penyokong JDT dilaporkan telah pun membakar suar seusai perlawanan tamat di SSI dan ianya merupakan perkara dilarang mengikut undang-undang telah ditetapkan.

Musim ini menyaksikan pasukan itu telah pun membuat perkara sedemikian sebanyak tiga kali dalam saingan Liga M, dan menyebabkan mereka didenda oleh FAM.

Selain itu, FAM turut menyentuh isu denda yang telah diberikan mereka sebelum itu kepada Faisal Halim, selepas pemain tersebut menjalani hukuman penggantungan selama sebulan daripada beraksi di atas padang.

Walaupun begitu, pemain tersebut telah pun diberi kelonggaran untuk kekal menyertai sesi latihan bersama Selangor bagi memastikan tahap kecergasan beliau berada dalam keadaan terbaik.

“Sementara bagi kes keempat iaitu membabitkan pemain Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim, penggantungan selama sebulan dari 25 Julai hingga 23 Ogos 2023 adalah dikekalkan.

“Bagaimanapun, jawatankuasa bersetuju untuk memberi kelonggaran membenarkan Mohamad Faisal kembali turun menjalani sesi latihan bersama Selangor FC berkuat kuasa serta-merta bagi memastikan beliau dapat mengekalkan tahap kecergasannya sebagai seorang pemain bola sepak,” tambah kenyataan itu mengenai Faisal Halim.

FAM dilihat serius dalam memastikan saingan Liga M musim ini terus berjalan lancar dengan tidak memberi sebarang kompromi atas kesalahan dibuat oleh mana-mana kelab atau pemain dan ianya pasti memberi kesedaran buat pasukan lain lebih berjaga-jaga sebelum melakukan sesuatu tidak sepatutnya dibuat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN