2 Tonggak Tengah Import Baharu Sertai Kuching City Bersama Aidil Sharin

Kuching City jelas tidak mahu menoleh ke belakang lagi pada pertengahan musim 2023 ini dalam saingan Liga Super, selepas beberapa rombakan dibuat mereka untuk tampil lebih baik berbanding sebelum itu.

Sebelum ini mereka telah pun menampilkan beberapa pemain terbaharu seperti Pedro Henrique serta Nurshamil Ghani dalam usaha untuk memperkasasakan lagi posisi serangan selain mengharapkan Abu Kamara sahaja.

Malah, pasukan tersebut juga tidak mengambil masa yang lama untuk menandatangani khidmat Aidil Sharin Sahak selaku pengendali baharu Kuching City selepas Irfan Bakti Abu Salim secara rasminya meletak jawatan.

Kehadiran Aidil Sharin kali ini dianggap sebagai sesuatu yang paling mencuri tumpuan buat Kuching City kerana reputasi dibawa pengendali tersebut sangat besar ketika beliau mengendalikan Kedah Darul Aman (Kedah) beberapa musim lalu.

Dalam misi untuk mengelakkan diri daripada berada di posisi tercorot, jelas pengurusan Kuching City mempunyai perancangan lebih baik untuk menaikkan kembali maruah pasukan.

Terbaharu, dilaporkan Kuching City berjaya menandatangani dua pemain import terbaharu yang beraksi di posisi tengah dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi bahagian tersebut yang dianggp sangat tidak konsisten.

Ini kerana, Kuching City terpaksa melupakan seketika hasrat pemain import mereka iaitu Dechi Marcel N’Guessan yang dilaporkan mengalami kecederaan untuk membantu aksi-aksi akan datang.

Pengesahan itu dibuat sendiri menerusi Fazzrudin Abdul Rahman yang merupakan pengurus utama Kuching City selepas ianya dikongsikan sendiri melalui Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

“Jadi dua pemain baharu yang telah kita tandatangani, Petrus Shitembi dan Nuriddin Davronov dari Tajikistan.

“Jadi itu semua merupakan pemain tambahan baharu yang telah kita tandatangani sebelum tamat tarikh perpindahan,” jelas Fazzrudin menerusi perkongsian tersebut.

Petrus Shitembi bukan lagi satu nama asing dalam arena bola sepak tempatan, selepas beliau menjadi antara tonggak paling cemerlang musim lalu ketika beraksi bersama Terengganu.

Berpengalaman bersama skuad kebangsaan Namibia, Shitembi mempunyai stail gelecekan yang cukup berkualiti pada pandangan penyokong, selain bijak mencipta lorongan berbahaya untuk memberi sokongan kepada jentera serangan.

Nuriddin pula merupakan pemain import yang buat pertama kalinya akan mencipta penampilan sulung dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Berpengalaman beraksi di India serta serta Indonesia sebelum itu menjadikan beliau sebagai aset terbaharu buat Aidil Sharin untuk memastikan Nuriddin dapat mengawal tempo permainan di posisi tengah.

Kehadiran dua pemain ini pastinya akan menyuntik kembali semangat para penyokong setia Kuching City dalam usaha mereka untjk melihat pasukan tersebut mampu memberi cabaran sengit buat kelab-kelab lain bagi saingan Liga Super.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN