Kenapa Pemain Hoffenheim & Bayern Berhenti Main Lepas Minit Ke-77

Bayern Munich selesa menewaskan Hoffenheim 6-0 dalam aksi Bundesliga malam semalam. Tetapi perlawanan berakhir dengan adegan pelik apabila kedua-dua pasukan menghabiskan 13 minit terakhir perlawanan dengan bertukar-tukar hantaran tanpa ada niat untuk bermain betul-betul.

Permainan terganggu buat pertama kali pada minit ke-67, selepas Leon Goretzka menjaringkan gol ke-6 Bayern. Ketika inilah sebahagian penyokong Bayern mula mengeluarkan kain rentang yang tertera mesej ‘Hopp bleibt en hurenshohn’ yang bermaksud ‘Hopp kekal anak haram’.

Mesej kain rentang berbaur ejekan kepada Dietmar Hopp yang dinaikkan penyokong Bayern Munich. (Foto: DW)

Mesej ini merupakan ejekan yang ditujukan kepada pemilik Hoffenheim, Dietmar Hopp.

10 minit kemudian, kain rentang kedua yang tertera mesej sama dikeluarkan penyokong Bayern. Kali ini pengadil Christian Dingert bertindak menghentikan perlawanan.

Pemain Bayern mendekati penyokong dan meminta mereka untuk berhenti mempamerkan kain rentang tersebut. Ketua jurulatih Hansi Flick, Pengarah Sukan Hasan Salihamidzic, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Karl-Heinz Rummenigge dan ahli lembaga pengarah Oliver Kahn turut merayu kain rentang tersebut tidak dipamerkan.

Pemain kedua-dua pasukan kemudiannya meninggalkan padang apabila pengadil melaksanakan prosedur peringkat kedua panduan UEFA untuk menangani insiden rasisme dalam perlawanan bola sepak.

Apabila pemain kedua-dua pasukan masuk padang semula, mereka menghabiskan baki 13 minit permainan dengan bertukar-tukar hantaran sesama sendiri tanpa ada niat untuk bermain betul-betul. Ini adalah sebagai tanda protes pemain terhadap kedegilan penyokong Bayern.

“Saya malu dengan apa yang telah berlaku dan meminta maaf kepada Dietmar Hopp,” kata CEO Bayern Karl-Heinz Rummenigge. “Ia adalah hari gelap untuk bola sepak.”

“Kami akan ambil tindakan terhadap penyokong tersebut. Tiada tempat untuk mereka dalam stadium bola sepak,” luahnya lagi.

Ketua Liga Bola Sepak Jerman (DFL) Christian Seifert juga mengkritik tindakan penyokong Bayern. “Kebencian sebegini tidak boleh diterima dan harus dikutuk sekeras-kerasnya.”

Dah lama benci Hopp

Kain rentang yang dipamer oleh penyokong Bayern semalam adalah kejadian terbaru dalam siri protes peminat bola sepak Jerman terhadap Hopp dan Hoffenheim.

Pada Jun 2019, beberapa penyokong Borussia Dortmund dikenakan denda berat selepas didapati bersalah menyanyikan lagu ejekan terhadap Hopp. Tidak cukup dengan itu, mereka juga mempamerkan kain rentang di bawah.

Sebelum insiden penyokong Bayern semalam, penyokong Dortmund telah melakukan perkara sama kepada Dietmar Hopp. (Foto: DW)

Penyokong Dortmund turut tidak dibenarkan menghadiri dua perlawanan away di Hoffenheim. Hukuman ini kekal sehingga kesalahan sama diulang. Apabila Dortmund dan Hoffenheim bertemu pada Disember 2019 lepas, hukuman ini dikuatkuasakan.

Pada minggu lepas, penyokong Borussia Monchengladbach pula melakukan perkara sama ketika pasukan mereka diikat 1-1 oleh Hoffenheim. Insiden ini membuatkan Pengarah Sukannya, Max Eberil dan kapten Lars Stindl terpaksa merayu untuk menurunkan kain rentang tersebut.

Penyokong Gladbach bersolidariti dengan mesej penyokong Dortmund menentang Hopp (Foto: Imago Images/Horstmuller)

Paling menarik, pada masa sama insiden kedegilan penyokong Bayern Munich ini berlaku semalam, penyokong Dortmund sekali lagi diberi amaran oleh kelab mereka di Westfalenstadion untuk berhenti bersorak mengejek Hopp semasa kemenangan 1-0 menentang Freiburg.

Kemudian penyokong Köln menaikkan kain rentang tertera mesej sama ketika kemenangan 3-0 ke atas Schalke 04. Pemain dan jurulatih Köln terpaksa merayu kepada penyokong mereka untuk menurunkan kain rentang tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN