Nafuzi Zain Tidak Salahkan Rahadi Azli

Rahadiazli Terengganu FC Perak Liga Super 2020

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain tidak menyalahkan penjaga gol muda, Rahadi Azli yang diturunkan dalam kesebelasan utama selepas melihat skuad kendaliannya tewas 1-3 kepada Perak dalam aksi pertama CIMB Liga Super 2020, malam tadi.

Biarpun merupakan pilihan ketiga di belakang Ilham Amirullah dan Sharmiza Yusof, Nafuzi Zain menyatakankan keyakinannya terhadap Rahadi Azli untuk mengawal gawang gol Terengganu untuk aksi pertama berdepan Perak di laman sendiri.

Sang Penyu terlebih dahulu membuka jaringan menerusi pemain tengah, Sanjar Shaakhmedov pada minit ke-18, sebelum penyerang Perak, Guilherme de Paula berjaya menyamakan kedudukan di minit ke-41, menerusi sepakan penalti.

Kapten Perak, Shahrul Saad kemudian meledak gol kedua pelawat pada minit ke-53 sebelum de Paula sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-80 untuk memberikan Perak kemenangan selesa dan tiga mata penuh dalam aksi pertama Liga Super.

Mungkin ada yang mempersolkan pilihan di gawangnya, Nafuzi Zain menyatakan yang Rahadi Azli adalah prospek masa depan pasukan dan mungkin juga Malaysia.

Ini adalah peluang untuknya menyerlahkan kemampuannya selepas apa yang telah dipamerkan pemain tersebut sepanjang sesi latihan dan juga pra-musim yang lalu.

“Dengan apa yang ditunjukkan kepada saya, dia [Rahadi Azli] berhak diberi peluang untuk bermain.” tegas Nafuzi Zain mengenai pemilihan penjaga gol malam tadi.

“Kita tahu dia kurang pengalaman, jadi dengan peluang yang ada barulah dia boleh mendapat pengalaman. Penampilan pertama di Liga Super pada usia 19 tahun, penampilan yang ditunjukkannya adalah satu yang boleh dibanggakan,” jelasnya.

“Saya mempunyai keyakinan dengan semua penjaga gol saya. Setiap pemain tidak kira posisi perlukan minit bermain. Pemain akan bagus dengan minit perlawanan yang diperolehi. Kalau simpan sahaja, tidak akan meningkat,” tambahnya lagi.

Bercakap mengenai kekalahan pada malam tadi, pengendali berusia 41 tahun itu terlebih dahulu memohon maaf kepada penyokong yang telah hadir ke stadium.

Kembali beraksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang telah lama tidak digunakan, Terengganu gagal memberikan impak dan keputusan yang diinginkan.

“Pertama sekali, saya ingin meminta maaf kepada penyokong. Dengan sejumlah 25 ribu yang datang memberikan sokongan, tetapi kita tidak dapat memberikan tiga mata untuk mereka,” ujarnya dalam nada sedikit kecewa.

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan apa yang telah ditunjukkan oleh pemain-pemain saya. Di awal permainan, kita bermain dengan baik, mendominasi perlawanan dan mencipta peluang serta mendahului perlawanan.

“Tetapi selepas kedudukan 1-1, momentum perlawanan berubah, kelihatan pemain dalam keadaan sedikit tertekan,” tambahnya mengenai kekalahan tersebut.

KREDIT FOTO: TERENGGANU FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN