Jika diperhatikan ketika Malaysia mengatasi Hong Kong malam tadi, jentera tengah mungkin antara yang paling barai prestasinya berbanding posisi lain.
Pengendali skuad negara, Kim Pan-gon memilih menggandingkan Paulo Josue, Noaa Laine dan Nor Azam Azih. Paling berpengalaman tentunya Azam yang sudah turun untuk kaps ke-23 antarabangsa malam tadi.
Malaysia mengulangi pencapaian pada Jun lalu dengan kemenangan 2-0.
Kombinasi Paulo Josue-Nooa Laine-Azam Azih teruk?
Kemenangan adalah kemenangan, tetapi ada perkara yang menjadi fokus untuk aksi malam tadi apabila jentera tengah seperti tiada cengkaman.
Ya, Kim ada mengatakan yang beliau berpuas hati secara keseluruhannya dan menepis dakwaan yang mengatakan jentera tengahnya beraksi teruk.
Paulo yang cemerlang di Liga Super dan penampilan pertamanya berdepan Turkmenistan juga seolah-olah dirasuk masalah sentuhan dan hantaran.
Kesebelasan Utama & Pemain Simpanan Harimau Malaya
Perlawanan Antarabangsa Tier 1 | Selasa, 28 Mac 2023
⚽ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇭🇰 HONG KONG
🕙 10.00 malam ini
🏟 Stadium Sultan Ibrahim, Johor#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/fSae2Kcxgl— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 28, 2023
Malah, Azam yang sepatutnya tenang atas pengalaman antarabangsanya dilihat cacamarba. Tiada kata untuk Laine, mungkin tiada kesefahaman.
Tiada apa yang boleh diperkatakan tentang kombinasi mereka bertiga. Segalanya tampak rosak dan menjadikan aksi skuad kebangsaan buruk untuk dipandang. Tambahan pula, Hong Kong tampilkan permainan baik.
Mungkin isu penyudah yang menggagalkan ‘The Strength’ memungut gol.
Jika tidak, Malaysia berpotensi menjadi mangsa mereka sebagaimana keyakinan yang dilaungkan pengendalinya, Jorn Andersen, tempohari.
Ini kerana, bak kata pengendali Kedah, Nafuzi Zain di sidang media saingan liga, jentera tengah adalah enjin pasukan, “..kalau mereka dapat bermain dengan baik, yang lain juga akan dapat beri persembahan yang baik.”
Malaysia bernasib baik apabila berhasil meledak dua gol di babak pertama.
INTERNATIONAL FRIENDLY MATCH (28/3)
FT: Malaysia 🇲🇾 2️⃣ – 0️⃣ 🇭🇰 Hong Kong
⚽️ Goals :
🇲🇾 Akhyar Rashid 18'
🇲🇾 Faisal Halim 41'📷#FAM pic.twitter.com/TUqOh1aJ5N
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) March 28, 2023
Magis Akhyar dan Faisal selamatkan Harimau Malaya
Akhyar Rashid membuktikan beliau adalah nadi skuad kebangsaan biarpun ‘dibekukan’ di Johor Darul Ta’zim (JDT). Minit permainan bukan isu utama buatnya untuk muncul sekali lagi peledak gol. Minit ke-18, beliau berjaya menyudahkan hantaran dekat Faisal Halim di dalam kotak penalti.
Kombinasi Akhyar dan Faisal jelas baik apabila kedua-duanya berhasil memporak-perandakan barisan benteng Hong Kong sepanjang aksi.
Lima minit sebelum menuju ke bilik persalinan, giliran Faisal mencipta gol menerusi satu gerakan menarik selepas menerima hantaran Darren Lok. Ia melibatkan tiga pemain – penjaga gol, Syihan Hazmi, Darren Lok dan Faisal.
Biarpun kedua-duanya sedang melalui ‘masalah’ – minit permainan dan tekanan tiada gol di liga, mereka berjaya menyelamatkan skuad negara.
Inilah magis yang dipamerkan kedua-duanya dalam aksi malam tadi.
Jika tidak kerana dua gol ini dan ketumpulan penyudah Hong Kong, sudah tentu Malaysia sudah tewas dan berputih mata di Stadium Sultan Ibrahim.
Kenapa lewat masukkan gandingan terbaik?
Segala masalah selesai selepas Syamer Kutty Abba, Stuart Wilkin dan Brendan Gan masuk mengambil alih kemudi jentera tengah di babak kedua.
When Fit & Healthy, Syamer Kutty is one of the best DM the country has to offer.
Hopefully he regains fitness and his pre-injury form back. 🙏
— chunhang 🇲🇾 (@chunhang7) March 28, 2023
Jadi, terang bak bulan, Syamer tidak perlu dipersoalkan lagi posisinya bersama Harimau Malaya – Kim sudah ada ‘seat’ khas buatnya ke Qatar. Brendan juga mungkin kita boleh katakan antara nama wajib ke Piala Asia.
Semuanya BOLA pernah jelaskan peranan penting untuk posisi Syamer dalam sistem taktikal Kim. Anda boleh baca artikel mengenainya di sini.
Begitupun, Malaysia kurang bernasib baik untuk menambah lagi jaringan.
Mungkin satu perkara tentang kenapa Kim lewat memasukkan Syamer adalah beliau masih mencari siapa yang boleh menjadi Syamer 2.0.
Sehingga kini, hanya Brendan yang mampu untuk menggantikan peranan Syamer dengan baik. Namun, masih belum cukup ampuh berbanding peranan asalnya yang lebih memerlukannya untuk berada di jentera atas. Brendan adalah pemain tengah yang berkesan sebagai ‘box-to-box’.
Analisis: Peranan Syamer Kutty Yang Pertama Kali ‘Tersisih’ Paling Cocok Dengan Brendan Ganhttps://t.co/lYqf7myHP0
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) September 22, 2022
Jadi, sebelum Piala Asia berlangsung, tugas penting Kim adalah mencari pemain yang setara dan mampu beri apa yang Syamer mampu berikan.
Anda juga boleh saksikan bagaimana Syamer mengawal jentera tengah dengan tenang dan tidak tergopoh-gapah dalam aksi malam tadi.
15 pemain sudah dicuba di posisi tengah
Selain Brendan, ini adalah pemain-pemain yang pernah dicuba di jentera tengah menerusi penggiliran peranan di padang iaitu Azam, Wilkin, Safiq Rahim, R Kogisleswaran, Junior Eldstal, Liridon Krasniqi, Nazmi Faiz, David Rowley, Lee Tuck, Mukhairi Ajmal, Aliff Haiqal Lau dan terbaru Endrick dos Santos, Paulo serta Laine – 15 pemain keseluruhan telah diberi peluang.
Tentunya Kim memberikan mereka peranan untuk dicuba dan akan dinilai sepanjang terlibat dalam perlawanan. Apabila ia melibatkan eksperimen, tentunya permainan skuad negara menjadi kucar-kacir. Ini dapat dilihat dalam aksi semalam yang mana jentera tengah barai di babak pertama.
Mujur Harimau Malaya tidak tersembam dek kerana eksperimen tersebut.
Atas faktor mencari pemain dan membentuk keserasian di kalangan pemain, Kim terpaksa memberanikan diri memberi peluang bermain.
Jika tidak, kalau apa-apa yang tidak enak berlaku kepada tonggak utama sebelum berangkat ke Piala Asia nanti, Malaysia sudah ada pengganti setara yang boleh diharapkan untuk membawa bendera negara di Qatar.
Apa Nasib 'CM' Lain Di JDT, Kesan Kehadiran Nathaniel Shio Hong Wan https://t.co/ytG2YoBR6R pic.twitter.com/r9UDkXZ8cd
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 29, 2021
Masih ingat bagaimana Syamer mengalami kecederaan serius yang telah memaksanya berehat cukup lama tempohari selepas kelayakan Piala Asia?
Namun, masih ada pemain-pemain yang belum dicuba oleh Kim saat ini.
Jika untuk peranan Syamer, tentunya tidak salah untuk pengendali kelahiran Korea Selatan itu mencuba Hong Wan, Afiq Fazail atau Natxo Insa – jika mereka dilepaskan kelab. Selain itu, Malaysia juga memiliki Akram Mahinan dan Kenny Pallraj di KL City yang boleh dicuba pula selepas ini.
Jentera tengah amat penting bagi memastikan keseluruhan pasukan bermain dengan baik. Jika barai jentera tengah, maka rosaklah pasukan.
Begitupun, ini adalah persediaan yang bagus menjelang Piala Asia 2023 yang bakal dilangsungkan pada Januari 2024. Malaysia perlu meneruskan momentum baik disamping mencabar diri bertemu pasukan lebih baik.
Mungkin apabila semakin hampir dengan Piala Asia nanti, kita akan dapat melihat wajah sebenar Harimau Malaya, bukan lagi skuad eksperimen.