Tampil Cemerlang, Nilai Pasaran Bukayo Saka Terus Melonjak Bersama Arsenal

Bukayo Saka menjadi antara pemain yang sangat cemerlang ketika ini dalam saingan English Premier League (EPL) bersama Arsenal, selepas prestasinya jelas begitu konsisten dalam setiap perlawanan dihadapi.

Disebabkan kecemerlangannya itu, Saka dijangka akan mencipta rekod baharu untuk menjadi antara pemain termahal dibayar oleh Arsenal sepanjang zaman.

Walaupun sebelum ini ada beberapa suara yang mempertikaikan kualiti mampu dibawa oleh Saka buat pasukan, jelas pemain ini menutup segala keraguan tersebut untuk menjadi kunci utama serangan Arsenal.

Daripada 28 penampilan semasa musim ini buat Saka bersama Arsenal, penyerang tersebut telah pun meledak 12 gol bersama 10 bantuan jaringan telah dihasilkan beliau.

Konsistensi Saka diteruskan lagi ketika bersama England baru-baru ini selepas Saka terus mencatat nama selaku penjaring gol ketika aksi mereka bertemu Ukraine untuk kelayakan EURO 2024.

Ianya menjadi sesuatu yang agak pelik sebenarnya jika Gareth Southgate tidak menyenaraikan Saka dalam kesebelasan utama buat England bagi membantu pertajamkan serangan.

Menurut Sportbible, pengendali Manchester City iaitu Pep Guardiola ada menyimpan minat kepada penyerang tersebut selepas situasi kontrak Saka bersama Arsenal hanya berbaki setahun.

Walaubagaimana pun, Guardiola mungkin tidak akan mempunyai peluang untuk cuba mendapatkan Saka kerana Arsenal sudah pun mempersiapkan kontrak baharu buat penyerang itu.

Berdasarkan laporan, pemain kebangsaan England itu sudah pun mencapai kata sepakat dengan nilai baharu Saka ialah £300,000 seminggu atau bersamaan £15 juta bagi setahun.

Ia akan menjadikan Saka sebagai pemain paling termahal buat Arsenal ketika ini untuk mengatasi penyerang utama mereka, Gabriel Jesus serta jauh melepasi Thomas Partey.

Meskipun menjadi antara pemain paling termahal pernah dimiliki Arsenal, nilai Saka masih lagi berada bawah bekas tonggak tengah mereka iaitu Mesut Ozil.

Musim ini menjadi landasan terbaik buat Saka untuk mencipta sejarah baharu bersama Arsenal selepas pasukan tersebut terus mengungguli carta liga.

Berdasarkan sumbangan beliau bersama The Gunners setakat ini, maka tidak hairan jika Saka layak menerima nilai pembayaran sedemikian rupa dan dijangka akan terus meningkat pada masa akan datang.

Sumber:
Sports Bible

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN