Kenapa Bola Sepak Tak Terkenal Di Amerika Syarikat?

Sebab mengapa sukan bola sepak tidak begitu terkenal di Amerika Syarikat berbanding sukan lain telah didedahkan dan sepertinya ia agak mengarut dan tak begitu masuk akal untuk difikirkan.

Penyampai terkenal, Joe Rogan tampil mendedahkan tentang mengapa sukan Bola Sepak tidak begitu terkenal di Amerika Syarikat berbanding sukan lain seperti Bola Keranjang, Baseball atau American Football.

Sudah sejak sekian lama lagi ramai yang mempersoalkan tentang mengapa bola sepak tidak menjadi sukan utama di Amerika Syarikat walau mereka sering tampil di Piala Dunia.

Alasan utama sebalik hal itu dikatakan kerana sukan bola sepak tidak memberi keuntungan kepada penyiar dan kerana itulah ia tidak begitu terkenal di Amerika Syarikat.

Memandangkan sukan bola sepak tiada ‘rehat’ yang kerap untuk memberi ruang kepada iklan, maka tiada penyiar yang mahu menyiarkan siaran langsung acara tersebut.

Sukan terkenal di Amerika Syarikat seperti Bola Keranjang dan Baseball merupakan antara sukan yang banyak mendapat tajaan dan antara sebab ia berlaku kerana banyak ‘rehat’ dalam perlawanan mereka.

Ada banyak ‘rehat’ sebentar ketika permainan dalam kedua-dua sukan itu berlangsung dan ia memberi ruang untuk sesi pengiklanan.

Kerana itulah banyak penaja yang berminat mahu menjadi rakan penaja untuk kedua-dua sukan tersebut di Amerika Syarikat.

Satu kajian dari WSN telah mendedahkan yang sukan bola Keranjang merupakan ‘lubuk’ pengiklanan di Amerika Syarikat.

Bahkan kajian sama mendapati yang penonton akan menghabiskan 32 peratus waktu menonton mereka hanya untuk menonton iklan.

Untuk bola sepak pula, tidak banyak iklan yang boleh masuk dengan penonton menghabiskan 86 peratus masa mereka untuk benar-benar menonton perlawanan.

Penonton bola sepak hanya menghabiskan 7 peratus sahaja dari masa menonton mereka untuk menonton iklan.

Itu pun ia hanya berlaku ketika rehat separuh masa dan tak ramai sebenarnya yang ada menonton iklan pada ketika itu kerana mereka mungkin ke tandas atau membuat hal lain sementara tunggu aksi babak kedua.

Hal itu turut menjadi topik utama yang diperdebatkan oleh Joe Rogan tentang mengapa sukan Bola Sepak tidak begitu terkenal di Amerika Syarikat.

Rogan percaya siaran TV di Amerika Syarikat masih belum boleh menerima untuk menyiarkan sesuatu yang tidak boleh beri ruang kepada slot pengiklanan yang banyak.

Bercakap di The Joe Rogan Experience Podcast, beliau menjelaskan bahawa:

“Antara sebab mengapa ia tak begitu bagus untuk TV di Amerika Syarikat adalah kerana mereka tak ada ‘rehat’.”

“Ia bukan macam, kamu tahu, kamu perlu ada rehat, macam, ‘kita akan kembali selepas ini’ atau ‘kami kembali’ bersama iklan seperti Pizza Hut dan segala hal lain.. itu cara siara TV cari duit, mereka perlu iklan.”

Joe Rogan kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:

“Dalam sukan lain, mereka ada rehat. Akan ada sesuatu yang berlaku ketika ada ruang rehat yang banyak, tapi bola sepak memang terus berjalan dan terus berlangsung.”

Rogan turut memuji dan menghargai para pemain bola sepak ketika bercakap di podcast itu, selepas beliau membuat lawatan melawat kelab bola sepak di kawasannya di Austin, Texas.

“Bola sepak sebenarnya merupakan sukan yang susah dari segi cardiovascular function.”

Jelas Rogan.

“Mereka semua berada dalam bentuk yang menakjubkan. Mereka memang perlu begitu. Mereka perlukan tenaga yang banyak. Mereka sentiasa bergerak pantas.”

“Austin ada liga bola sepak, dan saya pergi sana menyaksikan secara langsung. Pemain-pemain ada kaki yang menakjubkan. Mereka ada bentuk yang dahsyat. Sebagai seorang yang sering work out, melihat kehendak yang diperlukan untuk membolehkan mereka bermain dengan bagus, sentiasa berlari pantas, saya betul-betul teruja.”

Mungkin memang ramai peminat yang turut mempersoalkan hal yang sama kerana bola sepak sememangnya tidak begitu terkenal di Amerika Syarikat.

Walaupun sudah ramai bintang besar menyertai liga mereka, namun bola sepak di Amerika Syarikat masih lagi tidak menjadi sukan utama di negara mereka.

Bahkan kehadiran pemain terhebat sepanjang zaman, Lionel Messi juga sepertinya tidak begitu mengubah fakta tersebut.

Penyiar sememangnya memainkan peranan penting dalam menaikkan sesuatu sukan di sesebuah negara itu.

Jika tiada penyiar yang mahu menyiarkan sukan tersebut, jelas sekali ia tak akan meluas dan kerana itulah bola sepak tidak begitu terkenal di Amerika Syarikat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasย untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN