Salah Dedah Nama Pertahanan Paling Hebat Pernah Dihadapi

Mohamed Salah merupakan salah seorang pemain yang dianggap terhebat sepanjang zaman dalam sejarah saingan Premier League.

Sejak awal menyertai Liverpool pada tahun 2017 lalu, boleh dikatakan tidak ada mana-mana pemain yang lebih dominan berbanding bintang Mesir itu dalam kancah bola sepak Inggeris.

Bahkan ketika di usia 30 an seperti sekarang, Mo Salah masih lagi konsisten mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau ketika ini masih lagi sedang melalui musim terbaiknya bersama Liverpool dan masih kekal menjadi nadi penting untuk skuad kendalian Jurgen Klopp itu.

Selama enam tahun di England, pemain penyerang itu jelas sekali sudah berdepan dengan ramai pemain lawan dari pelbagai kelab.

Kelab seperti Manchester City, Manchester United, Arsenal, Chelsea dan Tottenham Hotspur merupakan antara kelab yang memiliki barisan pemain-pemain terbaik dalam dunia bola sepak hari ini.

Namun hal itu tidak menjadi masalah untuk Mo Salah yang tetap konsisten walau bertemu pemain mana sekalipun di atas padang.

Dalam satu sesi temu bual bersama Sky Sports baru-baru ini, pemain berusia 31 tahun itu telah ditanya tentang pemain lawan paling sukar pernah beliau hadapi sepanjang kariernya di Anfield.

Beliau diminta untuk menamakan pemain back kiri terhebat pernah beliau hadapi sepanjang beraksi bersama Liverpool dan Salah turut diminta untuk menamakan seorang pemain yang beliau idamkan untuk menjadi rakan sepasukannya.

Bercakap kepada Joe Thomlinson dalam temu bual tersebut, Salah telah ditanya siapa pemain yang paling beliau idamkan untuk beraksi bersama.

Pemain kebangsaan Mesir itu pada awalnya menegaskan yang beliau tersangat-sangat mengimpikan untuk beraksi bersama dua pemain terhebat sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Walau bagaimanapun, selain dua pemain yang sememangnya menjadi idaman semua manusia itu, Salah telah menamakan Kevin de Bruyne sebagai rakan sepasukan idaman beliau.

Jawapan itu sebenarnya tidak begitu mengejutkan apa lagi selepas memikirkan yang De Bruyne merupakan antara pemain attacking midfielder terhebat dunia sejak sedekad terakhir ini.

Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan hal itu dengan De Bruyne sememangnya membawa pengaruh besar sebalik kejayaan Manchester City sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Kedua-dua De Bruyne dan Mo Salah pernah beraksi bersama Chelsea ketika awal karier mereka, namun mereka tidak pernah ada dalam skuad yang sama.

De Bruyne menghabiskan dua tahun bersama Chelsea pada tahun 2012 hingga 2014, sementara Salah pula menyertai The Blues pada tahun 2014 hingga 2016.

Pemain lawan paling hebat pernah ditemui

Sebelum bercakap tentang rakan sepasukan idaman beliau, Salah telah ditanya tentang pemain pertahanan paling hebat pernah beliau hadapi sepanjang kariernya di Anfield.

Jawapan dari Mo Salah itu sepertinya mengejutkan ramai pihak kerana tiada siapa menduga pemain itu yang dimaksudkan oleh The Egyptian King itu.

Mohamed Salah menamakan Cesar Azpilicueta sebagai pemain back kiri paling hebat pernah beliau temui sepanjang kariernya dalam saingan Premier League.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu merupakan antara watak terpenting sebalik kejayaan Chelsea sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Beliau juga tidak dinafikan antara pemain pertahanan yang solid pernah beraksi dalam saingan Premier League walau namanya tidak disebut-sebut sebagai yang terbaik.

Tidak kira bermain di posisi back kiri mahupun centre back, Azpilicueta sememangnya sering memberikan impak yang sungguh luar biasa menakjubkan di atas padang.

Walau namanya jarang-jarang disebut dan tidak dianggap sebagai antara yang terhebat, namun di mata Salah, beliau merupakan pertahanan terbaik yang pernah ditemuinya.

Tentu saja Salah ada alasan tersendiri tentang mengapa beliau menganggap Azpilicueta sebagai pertahanan terhebat yang pernah beliau temui.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN