Terengganu Hadapi Misi Sukar Berdepan Central Coast Mariners

Terengganu bakal menghadapi satu lagi aksi getir pada petang ini dengan perlawanan seterusnya mereka bakal berdepan salah satu pasukan jaguh dari Australia iaitu Central Coast Mariners untuk aksi peringkat Kumpulan G saingan AFC.

Terdahulu, Terengganu masih lagi belum merekodkan sebarang kekalahan di pentas AFC, selepas pasukan itu mencatat dua kemenangan serta dua keputusan seri untuk meraih 8 mata.

Ketika ini, pasukan tersebut berada di tempat kedua dan hanya dibezakan satu mata sahaja berbanding Central Coast Mariners yang cemerlang selaku pendahulu carta Kumpulan G selepas hanya tewas sekali.

Aksi lalu dalam saingan tersebut menyaksikan Sang Penyu berjaya mencipta kebangkitan dramatik untuk mengatasi wakil dari Filipina, Stallion Laguna menerusi keputusan penuh 3-2 di gelanggang lawan.

Momentum semasa Terengganu kini dalam saingan AFC boleh dianggap sangat bagus, selepas pasukan tersebut masih tidak tewas selepas mengharungi empat perlawanan.

Malah, lawan mereka iaitu Central Coast Mariners juga sehingga kini hanya mencipta kekalahan tunggal di tangan Terengganu pada aksi sulung peringkat kumpulan tersebut.

Walaupun begitu, kesukaran mungkin bakal dihadapi para pemain kendalian Tomislav Steinbruckner, selepas momentum beliau tersekat pada saingan Liga Super baru-baru ini di tangan Sabah.

Terengganu telah pun dikejutkan oleh satu lagi wakil Malaysia yang bermain di pentas saingan tersebut iaitu Sabah pada pertemuan kedua kelab tersebut dalam aksi Liga Super 2023.

Pada perlawanan tersebut, Terengganu begitu mudah ditewaskan pelawat menerusi keputusan penuh 0-4 bersama aksi cukup tidak menyakinkan.

Malah, Terengganu juga sah kehilangan khidmat pertahanan kental mereka untuk aksi seterusnya ini iaitu Azam Azmi Murad selepas pemain tersebut sah mengalami kecederaan ACL.

Beraksi di gelanggang lawan, Steinbruckner perlu menyedari mereka kini berdepan dengan satu lagi perlawanan sukar terutama sekali selepas melihat prestasi semasa Central Coast Mariners yang sangat bagus sejak beberapa perlawanan lalu.

Antara perlu diberi perhatian rapi, sudah tentu posisi pertahanan mereka yang kini bakal menghadapi barisan serangan terbaik pasukan lawan sepanjang tempoh 90 minit aksi berlangsung.

Pada masa sama, ketajaman Sony Norde serta Ivan Mamut juga ditagih untuk memastikan Terengganu mampu memberi tekanan kepada pasukan lawan serta mencipta kejutan mendapatkan jaringan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN