Bek kanan Harimau Malaya, Azam Azmi Murad telah menjadi sasaran dan dibuang padang dalam perlawanan berdepan Vietnam, malam tadi.
Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam dalam perlawanan ‘matchday’ ke-3 yang menyaksikan ia menjadi kekalahan pertama skuad kebangsaan.
Sebelum perlawanan, Malaysia telah melakar dua kemenangan, 1-0 ke atas Myanmar dan 5-0 ke atas Laos, sementara untuk Vietnam, mereka baru melalui satu perlawanan, merekodkan kemenangan 6-0 ke atas Laos.
Sebagaimana Vietnam, Malaysia juga belum bolos dalam kedua-dua aksi.
Ia tentu menghadirkan sedikit rasa gusar di kem ‘Naga Emas’ memikirkan bagaimana untuk mereka meleburkan tembok kebal skuad negara.
Piala AFF 2022: Park Hang-seo Tak Peduli Ketiadaan Bintang JDT, Baginya Malaysia Masih Skuad Terbaikhttps://t.co/wwVlXE8lib
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) December 26, 2022
Malah, pengendalinya, Park Hang-seo mengakui yang skuad ini masih terbaik biarpun tanpa tonggak utama dari Johor Darul Ta’zim (JDT).
Vietnam terlebih dahulu kehilangan pemain apabila pemain sayap, Nguyen Van Toan dilayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah pada minit ke-32, menyaksikan Vietnam terkesan terutamanya di jentera depan.
Malah, kem Vietnam dilihat seperti menyiapkan pemain sandaran mereka, Nguyen Quang Hai. Namun, ia tidak dilakukan selepas mereka berhasil mencipta jaringan kedua pada minit ke-64 menerusi Que Ngoc Hai.
Ini memberikan sedikit keyakinan buat Park meneruskan aksi tanpa pemain sandarannya itu lebih awal. Berbaki 10 minit terakhir, barulah Quang Hai dibawa masuk. Ini kerana, beliau baru sahaja pulih daripada kecederaan.
Kenapa Azam jadi sasaran ‘disingkirkan’ Vietnam?
AFF Mitsubishi Electric Cup | Kumpulan B
Vietnam 1-0 Malaysia
Kad Merah
Azam Azmi 62'
Saksikan semua perlawanan AFF Mitsubishi Electric Cup secara langsung hanya di Astro!#HariHariMauMenang#jomtunjukbelang pic.twitter.com/LufQORTIgR
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) December 27, 2022
Untuk rekod, sebelum bertemu Vietnam, Azam beraksi dalam empat perlawanan – bermula pada aksi berdepan Thailand di King’s Cup 2022.
Dan apabila beliau beraksi, Malaysia belum dibolosi gol iaitu sejak aksi pemanas badan berdepan Kemboja pada 9 Disember hingga kemenangan 1-0 ke atas Myanmar dalam aksi pertama Piala AFF – dalam tiga aksi.
Rekod yang dilakar pada 2016 oleh Datuk Ong Kim Swee – tidak bolos empat perlawanan berturut-turut, telah berjaya disamakan pada 2022.
Dan dalam ketiga-tiga perlawanan tersebut, beliau bermain 90 minit.
Untuk aksi di King’s Cup, beliau hanya sempat beraksi selama 11 minit.
Malaysia stretch their unbeaten run to five games without conceding a single goal for the first time since a 4-game unbeaten run under Ong Kim Swee in 2016#HarimauMalaya pic.twitter.com/KAyBVNIg1v
— Devinder Singh (@devinder00) December 24, 2022
Ini menunjukkan, walaupun baru berusia 21 tahun, kemampuan aspek pertahanannya tidak boleh disangkal. Mungkin atas faktor pendedahan besar oleh Terengganu FC, beliau menjadi pemain yang sangat berkaliber. Di Liga Super, beliau tampil 19 dari 22 perlawanan, enam penampilan di Piala Malaysia dan lima penampilan di Piala FA.
Terengganu menamatkan musim cemerlang di kedudukan ke-2 Liga Super, finalis Piala FA dan semifinalis Piala Malaysia bagi edisi tahun lalu.
Ancaman Vietnam adalah daripada Van Hau
Seperti dalam previu taktikal sebelum perlawanan oleh Semuanya BOLA, kita tahu formasi taktikal 3-5-2 Vietnam memberikan peranan kepada pemain di posisi bek sayap untuk membuat ‘overlapping’ seterusnya mengancam kawasan depan gol lawan dengan hantaran lintang berkualiti.
Mereka memiliki penyerang tinggi lampai, Nguyen Tien Linh di depan.
Dan pemain penting mereka adalah Doan Van Hau yang pernah beraksi secara pinjaman di Eredivisie bersama SC Heerenveen selama setahun.
Beraksi di posisi bek sayap kiri, lawannya tentulah Azam yang dilihat jadi penghalang utamanya dalam setiap gerakan dan asakan Sang Naga.
@abikhairullah
Dan beliau sudah mempamerkan taringnya sejak awal lagi apabila menghalang dan menyiku keras Azam ketika Malaysia mengasak. Ia berlaku pada minit ke-16 di dalam kotak penalti Vietnam – tidak diendahkan pengadil. Kita juga dapat dilihat dalam beberapa situasi, Azam cuba diajak untuk ‘bergaduh’ oleh pemain-pemain Vietnam, namun tidak diendahkan.
Ini tambah menarik apabila Malaysia memiliki kelebihan seorang pemain. Tuan rumah jelas sangat tertekan di laman mereka, Stadium My Dinh.
Dan mereka jadikan Azam sebagai sasaran disebabkan kemampuannya mematahkan cubaan mereka menyusup masuk menerusi Van Hau.
Kehilangan Azam jelas sangat berat buat Harimau Malaya. Malaysia sudah ketandusan idea untuk meletakkan pemain yang mampu untuk menghalang Vietnam di sudut sebelah kanan skuad negara sehingga ada ketika Fazly Mazlan yang kita tahu seorang bek kiri terpaksa memainkan peranan di situ.
Malaysia sudah kehilangan Khuzaimi Piee, kini bermain tanpa Azam pula.
Penutup
Sejak awal mereka membuat provokasi terhadap pemain Malaysia dan Azam Azmi jadi sasaran disebabkan beliau jadi penghalang Van Hau.
Apabila penghalang sudah dikeluarkan, mudah buat pemain ‘nakal’ mereka itu membuat kerjanya di sana. Terbukti benteng negara makin longgar.
Begitupun, perlawanan sudah berlalu dan Malaysia tewas sekali lagi di tangan Park Hang-seo. Sukar untuk ditelan, namun pengalaman pahit ini wajar dijadikan pengajaran oleh skuad serba kekurangan pengalaman kali ini. Jelas, pengalaman juga menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan.
Kini, fokus utama adalah tewaskan musuh Seberang Tambak, Singapura.