Kenali Ubaidullah Shamsul, Prospek ‘Ball-playing Defender’ Masa Depan Negara

Ubaidullah Shamsul

Skuad Harimau Malaya B-22 kendalian E. Elavarasan menjuarai kejohanan Merlion Cup 2023 selepas menewaskan Hong Kong B-22 2-1 di Stadium Jalan Besar, Singapura.

Kejayaan ini secara tidak langsung mampu melonjakkan moral pemain muda negara bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2023 yang bakal membuka tirainya tidak lama lagi.

Ketika tumpuan utama banyak diberikan kepada pemain seperti Haqimi Azim serta ‘super-sub’ Najmudin Akmal, ada kelibat seorang lagi yang menjadi salah satu tulang belakang kepada sistem bek bertiga pasukan muda negara.

Pemain yang dimaksudkan ini adalah Ubaidullah Shamsul.

Ubaidullah Shamsul mewakili pasukan Terengganu II dalam saingan Piala MFL mempamerkan kualiti tersendiri, bukan sahaja dalam aspek bertahan, malah turut memainkan peranan penting dalam menggerakkan bahagian serangan pasukan.

Kemampuannya untuk memainkan peranan sebagai ‘ball-playing defender’ berpotensi untuk meletakkan dirinya menembusi pasukan elit, serta mengetuk pintu panggilan ke skuad senior kebangsaan satu hari nanti terutamanya menjelang Piala Asia 2023.

Peranan ‘ball-playing defender’

Ubaidillah mempamerkan ketenangan dalam menilai segala opsyen hantaran kepada rakan sepasukan, dan visi hantarannya mampu membelah barisan pertahanan lawan dengan pantas.

Gambar di atas diambil menerusi aksi Malaysia B-22 menentang Kemboja B-22, di mana pemain muda kelahiran Kelantan ini begitu terserlah potensinya untuk memainkan peranan sebagai ‘ball-playing defender’ dalam perlawanan ini.

Kapten pasukan, Azam Azmi melakukan hantaran kepada Ubaidullah ketika pasukan muda negara sedang membina gerakan serangan daripada bawah.

Ubaidullah kemudiannya menggerakkan bola ke hadapan, sebelum melakukan hantaran ke arah ruang di bahagian belakang barisan pertahanan Kemboja.

Hantaran tersebut berjaya menemui Aliff Izwan, namun sayangnya penyerang tersebut tidak berjaya melakukan jangkaan masa yang tepat untuk menyambut hantaran berkualiti yang dilakukan oleh Ubaidullah.

Meskipun gerakan serangan ini tidak berjaya menghasilkan sebarang percubaan merbahaya, namun perhatikan kualiti serta ketepatan hantaran yang dimiliki oleh Ubaidullah yang mampu membelah pertahanan kompak pasukan lawan dengan pantas.

Pemain yang kalis tekanan

Ubaidullah juga merupakan seorang pemain yang ‘press resistant’, di mana beliau tidak gopoh untuk melepaskan hantaran bola apabila berhadapan dengan tekanan daripada lawan.

Gambar di atas boleh menjadi salah satu contoh terbaik bagi menggambarkan fakta yang dinyatakan. Ubaidullah sekali lagi menerima hantaran daripada rakan sepasukan, namun kali ini, pemain Kemboja keluar dari posisi bertahannya bagi memberi tekanan agreesif kepada beliau yang bakal menerima penguasaan bola.

Meskipun menerima tekanan daripada pemain lawan, Ubaidullah mempamerkan ketenangan tinggi untuk melindungi bola, serta melepasi tekanan tersebut dan membawa bola ke arah ruang yang terbuka di hadapannya.

Sebelum beliau melakukan hantaran secara ‘diagonal’ kepada Safwan Mazlan yang bebas di bahagian sisi.

Hantaran secara ‘diagonal’ tersebut berjaya memecahkan struktur bertahan pasukan lawan, dan Safwan kini mempunyai ruang yang luas untuk dieksploitasi.

Ia juga meletakkan Malaysia berada di kedudukan serangan yang baik, di mana duo serangan negara iaitu Haqimi dan Aliff kini bersedia untuk menyambut sebarang hantaran daripada Safwan.

Safwan memilih Haqimi sebagai destinasi hantarannya, di mana pemain muda Kuala Lumpur City tersebut berada di kedudukan serangan yang baik ketika menerima hantaran tersebut.

Namun sayangnya, rembatan beliau sedikit tersasar daripada gawang gol pasukan Kemboja.

Ancaman ketika situasi bola mati

Ubaidullah turut berpotensi membawa ancaman kepada pasukan lawan ketika situasi bola mati terjadi. Kelebihan daripada segi fizikal membolehkan dirinya untuk mengeksploitasi kelebihan tersebut ke atas pemain pertahanan lawan, serta membantunya untuk memenangi sebarang perebutan bola di udara.

Situasi di atas terjadi selepas Malaysia B-22 memperoleh sepakan penjuru dalam aksi final bertemu Hong Kong. Ubaidullah ditugaskan untuk berada di kawasan penalti pasukan lawan, dan beliau menyerang bahagian ‘back post’ ketika V. Ruventhiran melakukan hantaran lintang.

Hantaran tersebut berjaya menemui Ubaidullah yang kemudiannya melakukan ‘flick header’ ke arah rakan sepasukan. Namun gerakan ini berjaya dibaca oleh penjaga gol lawan yang menangkap kemas tandukan pertahanan tersebut.

Prospek pertahanan negara yang seterusnya

Selepas Feroz Baharudin, ‘pool’ pemain di bahagian pertahanan kini semakin berkembang dengan kehadiran Ubaidullah.

Situasi ini dilihat mampu menyokong aspirasi taktikal serta pendekatan permainan skuad kebangsaan yang berteraskan sistem 3-4-3 atau 4-3-3.

Penulis turut berpeluang untuk melihat kualiti yang dimiliki oleh Ubaidullah sewaktu berkhidmat bersama Skuad Projek FAM-MSN musim lalu.

Perwatakan serta ‘attitude’ yang dimiliki oleh beliau mampu melonjakkan prestasinya ke tahap lebih tinggi sekiranya beliau kekal konsisten.

Selamat berjaya Ubai!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN