Kem Sabah Lega Aksi Bertemu Kelantan Ditunda Lagi

Pengendali Sabah iaitu Datuk Ong Kim Swee menganggap penangguhan aksi Liga Super 2023 membabitkan pasukan beliau bertemu Kelantan yang sepatutnya berlangsung semalam sebagai suatu kelebihan buat pasukannya.

Apa tidaknya, Sabah selepas ini bakal menghadapi satu lagi aksi getir bagi saingan AFC peringkat Kumpulan H bertemu Hai Phong dan mereka mempunyai misi untuk merebut kembali tiga mata penuh.

Terdahulu, Sabah gagal untuk meneruskan momentum kemenangan mereka dalam saingan peringkat kumpulan itu selepas mencatat kekalahan 2-3 pada 25 Oktober lalu.

Keputusan tersebut merupakan kali pertama buat Sabah mencatat kekalahan dalam saingan itu selepas mereka cemerlang mengutip tiga mata penuh ketika berdepan Hougang serta PSM Makassar.

Kedudukan semasa Kumpulan H kini menyaksikan Sabah berada di tangga kedua dengan berkongsi enam mata bersama Hai Phong, namun wakil Vietnam itu lebih unggul daripada segi perbezaan gol.

Untuk aksi seterusnya ini, sudah tentu The Rhinos enggan untuk terus mencipta kekalahan di laman sendiri dengan siri kebangkitan bakal dicipta pasukan tersebut.

Mengulas tentang aksi Liga Super membabitkan Sabah dan Kelantan yang ditunda, Kim Swee menyifatkan situasi tersebut sebagai suatu kelebihan buat pasukannya.

Kelebihan yang dimaksukan pengendali itu ialah daripada segi tempoh rehat serta dapat memberi lebih banyak ruang buat Kim Swee untuk memperbaiki segala aspek kelemahan dimiliki.

“Selepas perlawanan dengan Kelantan ditunda sekali lagi, ini memberi banyak ruang bersiap sedia untuk perlawanan timbal balik dengan Hai Phong.

“Kita perlu menggunakan ruang ini untuk memperbaiki kelemahan ketika bermain dengan Hai Phong tempoh hari di Vietnam,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, Kim Swee juga melihat baki saingan Liga Super sebagai sesuatu yang penting kini untuk mereka memperbaiki kedudukan semasa untuk sekurangnya di tangga ketiga.

“Semua perlawanan amat penting di mana selepas ini kita mempunyai empat lagi perlawanan liga (Liga Super) di mana kita masih lagi mempunyai peluang.

“Jika apa-apa berlaku pada pasukan di tangga ketiga dan keempat, di mana untuk kita mengakhiri liga kita di tiga tempat terbaik.

“Jadi tidak boleh ambil mudah walaupun pasukan Kelantan yang kita akan bermain nanti termasuk juga pasukan Terengganu, Perak dan Kedah di Likas,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN