Kuching City Berdepan Tugas Sukar Untuk Hadapi Cabaran Kelantan United

Kuching City dilihat bakal berdepan tugas sukar pada malam ini untuk menghadapi aksi separuh akhir kedua MFL Challenge Cup 2023 dengan bertemu Kelantan United di Stadium Sultan Muhammad ke-IV.

Terdahulu, kedua pasukan saling terikat seri 1-1 dengan masing-masing jelas sangat seimbang daripada segi kekuatan untuk mengatasi antara satu sama lain di Sarawak.

Umum mengetahui baik Kuching City atau Kelantan United, kedua pasukan tersebut kini berada di kedudukan terbawah Liga Super 2023 selain Kelantan The Red Warriors (TRW).

Pastinya aksi Challenge Cup ini menjadi sesuatu yang tidak boleh dilepaskan kedua pasukan tersebut dalam misi mereka untuk menghadiahkan satu kejuaraan musim 2023 kepada para penyokong masing-masing.

Jika dilihat pada prestasi semasa kini, kedua pasukan boleh dianggap mempunyai peluang setara sebenarnya untuk muncul selaku pemenang dan mara ke final, namun Kelantan United mungkin mempunyai sedikit kelebihan jika dibandingkan Kuching City.

Apa tidaknya, skuad kendalian Ailton dos Santos Silva itu bakal beraksi di laman sendiri malam ini yang dijangka turut akan dipenuhi para penyokong setia pasukan tersebut untuk memberi sorakan padu sepanjang tempoh 90 minit perlawanan beraksi.

Malah, Kelantan United juga boleh dianggap berjaya tampil dengan corak permainan lebih menyakinkan sejak perlawanan terakhir mereka bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi aksi Liga Super minggu lalu.

Pada perlawanan tersebut, ramai menjangkakan JDT mampu untuk mengatasi Kelantan United dengan mudah jika dibandingkan antara prestasi kedua pasukan tersebut.

Namun sebaliknya berlaku, dengan pasukan tersebut menampilkan aksi lebih berdisiplin serta sesekali mampu untuk melancarkan serangan balas lebih tersusun ke arah gawang JDT pada aksi itu.

Walaupun akhirnya mereka tewas dengan keputusan 0-2, secara keseluruhan Kelantan United mendapat suatu pengajaran terbaik untuk digunakan pada perlawanan malam ini bertemu Kuching City.

Pastinya ini memberi suatu cabaran getir buat pasukan kendalian Aidil Sharin Sahak malam ini untuk cuba mencari peluang bagi melayakkan diri mereka ke pusingan akhir bagi saingan Challenge Cup 2023.

https://www.instagram.com/p/CytJLKGy8wq/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==

Namun, harus diingat Aidil juga merupakan salah seorang jurulatih yang sangat berkaliber dan pernah merekodkan musim sulungnya di Malaysia pada tahun 2019 untuk membawa Kedah Darul Aman (Kedah) mara ke final saingan domestik sebanyak dua kali serta menjuarai Piala FA.

Sudah tentu, pengendali dari Singapura itu juga sudah mempunyai pelan perancangan tersendiri untuk aksi malam ini dan pasukan tuan rumah juga tidak boleh memandang ringan akan cabaran pelawat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN