Kem Portugal dilaporkan sedikit terkejut selepas melihat Cristiano Ronaldo tak turun jalani sesi latihan bersama barisan pemain simpanan mereka.
Selepas kejayaan mereka menewaskan Switzerland kemarin, skuad Portugal kembali menjalani latihan seperti biasa menjelang aksi bertemu Maghribi.
Fernando Santos mengejutkan dunia bola sepak selepas beliau akhirnya menggugurkan Ronaldo dari senarai kesebelasan utamanya di pentas Piala Dunia.
Where's @Cristiano?!
As the 🇵🇹 @selecaoportugal players that didn't start Tuesday's @FIFAWorldCup Round of 16 win returned to the training pitch yesterday, their captain was conspicuously absent. #FIFAWorldCup #Qatar2022 #POR pic.twitter.com/JqSRzU9yKe
— ESPN Asia (@ESPNAsia) December 8, 2022
Memang agak mengejutkan juga untuk melihat skuad kebangsaan Portugal turun beraksi di pusingan kalah mati tanpa kehadiran legenda terhebat sepanjang zaman mereka itu dalam kesebelasan utama mereka.
Fernando Santos dilaporkan dengan sengaja mengetepikan Ronaldo dari kesebelasan utamanya kerana beliau tidak gembira dengan reaksi yang ditunjukkan oleh pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or ketika aksi bertemu Korea Selatan.
Santos kecewa melihat reaksi Ronaldo ketika beliau dikeluarkan dalam perlawanan bertemu Korea Selatan itu.
Tidak pasti sama ada Ronaldo diketepikan kerana sikap yang beliau tunjukkan atau beliau digugurkan kerana aksi hambar yang beliau tunjukkan pada ketika ini.
🔔 | Cristiano Ronaldo surprised Portugal camp by not training with fellow substitutes https://t.co/88KLHGhxSp
— SPORTbible News (@SPORTbibleNews) December 7, 2022
Walau bagaimanapun, keputusan Santos itu sebenarnya telah membuahkan hasil dengan Portugal kenduri gol untuk menyingkirkan Switzerland di pusingan 16 terbaik.
Santos memilih untuk menurunkan Goncalo Ramos dalam kesebelasan utamanya dan bintang Benfica itu sepertinya telah melalui debutnya yang sungguh menakjubkan dalam perlawanan tersebut.
Pemain muda berusia 21 tahun itu berjaya mencatatkan hat-trick dalam perlawanan tersebut untuk membantu Portugal membenam Switzerland 6-1.
Ronaldo tidaklah sekadar memanaskan bangku simpanan sepanjang perlawanan tersebut dengan beliau akur untuk dimasukkan pada aksi babak kedua menggantikan Joao Felix.
🚨 Cristiano Ronaldo didn't participate in group training. He trained indoor today. pic.twitter.com/LMy7cEw7rM
— All Things Cristiano (@CristianoTalk) December 3, 2022
Ketika beraksi bersama Manchester United, Ronaldo pernah menolak untuk dibawa masuk pada aksi babak kedua dan mujur saja di pentas Piala Dunia beliau boleh akur dengan arahan pengurus.
Selepas hanya 17 minit sahaja beraksi dalam perlawanan tersebut, bintang berusia 37 tahun itu diminta untuk turun jalani sesi latihan bersama barisan pemain simpanan terutama yang langsung tidak bermain bertemu Switzerland pada keesokkan harinya.
Walau bagaimanapun, menurut sumber laporan dari Marca, kem Portugal sedikit terkejut ketika melihat Ronaldo tidak mahu turun menjalani latihan bersama barisan pemain simpanan di padang latihan.
Beliau sebaliknya memilih untuk berlatih di dalam gym bersama pemain-pemain yang diturunkan dalam kesebelasan utama Portugal ketika bertemu Switzerland.
https://twitter.com/Crisiuano/status/1600521297263742977?s=20&t=Dx4Eagntam-KP2oHFGcJ6w
Kebiasaannya, hanya pemain utama dan pemain-pemain yang cedera sahaja yang akan dibenarkan berlatih di dalam gym dan pemain lain akan diminta untuk turun ke padang latihan.
Ronaldo jelas sekali tidak diturunkan dalam kesebelasan utama dan beliau juga dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Cristiano Ronaldo sebelum ini sudah membuat 31 penampilan sebagai pemain utama untuk Portugal dalam kejohanan besar.
Bekas pemain penyerang Manchester United itu telah menjadi pemain pertama yang menjaringkan gol dalam lima edisi Piala Dunia secara berturut-turut.
Cristiano Ronaldo reportedly decided against training with the rest of his fellow #POR substitutes https://t.co/hxPSN017HR
— talkSPORT (@talkSPORT) December 7, 2022
Beliau mencipta rekod tersebut selepas kejayaannya meledak gol ketika bertemu Ghana di peringkat kumpulan.
Ronaldo walau bagaimanapun gagal untuk menjaringkan sebarang gol selepas dari itu dan sepertinya skuad Portugal juga bermain dengan lebih baik tanpa beliau di atas padang.
Dan walaupun Portugal berjaya menjaringkan enam gol tanpa Ronaldo, kekasih kepada pemain penyerang itu jelas sekali tidak gembira melihat bekas bintang Real Madrid itu tidak bermain.
“Sangat memalukan untuk tidak dapat melihat pemain terhebat dunia tak beraksi selama 90 minit.”
🚨 Cristiano Ronaldo didn't participate in group training. He trained indoor today. pic.twitter.com/ZBGpfiz2OJ pic.twitter.com/hagb2cwKe2
— Utd_Mount7 (@MrJay22063799) December 4, 2022
Tulis Georgina Rodriguez di laman media sosial miliknya.
Portugal selepas ini akan turun beraksi bertemu Maghribi di peringkat suku akhir dan laporan dari pelbagai sumber di Portugal telah mendedahkan yang Ronaldo mungkin akan sekali lagi diketepikan dari kesebelasan utama mereka dalam perlawanan tersebut.